Monday, April 7, 2014

HANYA TINGGAL SEHELAI BAJU SEKOLAH

KANGAR, 7 Mac - Hanya sehelai baju kurung sekolah, lain-lain termasuk buku teks dan buku tulis dan sejumlah duit tabung milik murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Seriab, Norhamizah Abdul Halim menjadi abu dalam satu kebakaran rumah di Kampung Almarhum Kayang dekat sini, semalam. 

Kebakaran rumah yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan Norhamizah serta keluarganya tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa melupakan hasrat untuk melawat abangnya yang sedang mengikuti latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Pulau Langkawi bersama keluarga yang dijangkakan pada 28 April ini.

Namun Norhamizah bersyukur kepada Allah kerana ibu, bapa dan abangnya yang tinggal bersama di rumah terbabit selamat daripada menjadi mangsa api yang memusnahkan keseluruhan tempat kediaman dan harta benda yang lain.

" Saya dan suami amat bersyukur kerana kami anak beranak selamat walaupun tinggal sehelai sepinggang," kata ibu murid berkenaan, Hamidah Hussein, 42 ketika ditemui di tempat kebakaran petang, semalam.

Menurut Hamidah,42, dia keluar berniaga dan suaminya Abdul Halim Hashim, 47 ditempat kerja manakala dua anak mereka, Norhamizah dan abangnya, Abd. Hamidi, 17 berada di rumah nenek tidak jauh dari rumah mereka semasa kebekaran berlaku kira-kira pukul 5 petang tersebut.
Katanya, hasrat mereka sekeluarga untuk melawat anak lelaki sulungnya, Abd.Hamid, 21, di Langkawi terpaksa ditangguhkan.


" Duit tunai lebih RM500 yang disimpan dalam lipatan sejadah untuk dibuat belanja ke Langkawi turut hangus bersama harta benda lain akibat kebakaran ini," ujar Hamidah. 

Pada masa sama, duit siling yang dikumpul oleh anaknya, Norhamizah berjumlah hampir RM200 untuk dimasukkan ke ASB tidak dapat diguna lagi kerana rosak akibat kebakaran.

Sementara itu,Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kangar, Zaharul Amin Ahmad berkata, sehingga ini pihaknya belum dapat mengesahkan punca kebakaran dan masih menyiasat manakala kerugian akibat kebakaran ini belum dapat dianggarkan.

Sunday, March 30, 2014

KEM KESIHATAN DI KAMPUNG SEBERANG ALOR, KUALA PERLIS

YAB Tuan Azlan Man menghadiri Kem Kesihatan Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis pada 30 Mac 2014




MESRA RAKYAT DI KAMPUNG SERIAB

YAB Tuan Azlan Man menghadiri program mesra rakyat di Kampung Seriab pada 30 Mac 2014