UPP CHUPING
TANGKAP 3 LELAKI RAMPAS 312 KG KETUM & 214 LITER MINYAK PETROL
Menurut Komander UPP Chuping, Asisten Superintenden Syed Basri Syed Ali, lelaki tempatan berketurunan berumur 24 tahun itu ditahan jaln 4.20 agi ini oleh sepasukan anggota risik UPP Chuping yang sedang mengadakan operasi di kawasan ladang tebu ketika memandu sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.
Syed Basri berkata, anggota UPP yang memeriksa kereta jenis lama dinaiki lelaki itu dan mendapati lapan guni putih mengandungi daun ketum seberat 312 kilogram dianggarkan bernilai RM24,960 serta membawa lelaki tersebut bersama kereta berharga RM3,000 ke kem UPP Chuping untuk siasatan lanjut.
Tambah beliau, suspek berkenaan akan di dakwa di bawah seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-dua sekali jika saabit kesalahan.
“ Apabila dilakukan pemeriksaan terperinci anggota UPP bertugas mendapati ada tangki minyak tambahan ditempat duduk serta bonet belakang kereta berkenaan yang telah diisikan 214 liter minyak petrol bernilai RM450,” katanya.
Tambah Syed Basri kedua lelaki terbabit ditahan bersama rampasan di Kem UPP Chuping untuk tindakan dan siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Akta Kawalan Dan Bekalan 1961 oleh KPDNKK Perlis kerana bertujuan menyeludup minyak subsidi ke negara jiran.
Katanya, jika disabitkan kesalahan lelaki terbabit boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali .
End.
No comments:
Post a Comment