Friday, May 31, 2013


PARTI-PARTI POLITIK PATUH ARAHAN


KANGAR--- Parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu mematuhi arahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya membersih atau menanggalkan semua poster  yang digunakan semasa kempen  parti masing-masing.

Tinjauan AKA Features mendapati seluruh Perlis  terutama di kawasan perbandaran telah dibersihkan  kecuali tinggal terlalu sedikit jumlah poster yang terlepas pandang oleh pihak parti terbabit.

Kerja-kerja pembersihan poster kempen PRU-13 dilaksanakan dengan penuh beryanggungjawab oleh pekerja parti samada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) serta Parti Bebas yang bertanding sebelum ini.

Namun terdapat juga bendera parti atau poster pilihanraya digunakan oleh para petani untuk menghalau musuh padi di bendang masing-masing.




Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com

Wednesday, May 29, 2013

"TERIMA KASIH PM"

NOPPARAT & NITPHAPHORN

Foto model berketurunan Siam, Nopparat @ Jen, 19 amat gembira apabila adik kandungnya Nitphaphorn kini memiliki MyKad dan berstatus warganegara Malaysia.
Jen, bagi pihak keluarga merakamkan setinggi penghargaan & terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berhubung perkara ini.
Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com

INFO SEMASA

BARISAN EXCO PERLIS

Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com

SUSPEK SAMUN DIBURU

Choong Hooi Lean
Diburu Polis
KANGAR, 28 Mei -- Polis sedang mengesan seorang lelaki bernama Choong Hooi Lean, 29, yang beralamat di No 69C, Taman Utara Jaya, Kuala Perlis untuk membantu siasatan dalam kes samun berkawan di Bukit Keteri.

Terdahulu, Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit selepas melepaskan tiga das tembakan ke arah kenderaan yang dipandu suspek di kawasan Kuala Perlis pada Ahad lepas.

Tangkapan dilakukan sehari selepas lelaki itu itu bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas disyaki menyamun sebuah kedai menjual telefon di Bukit Keteri, Padang Besar dan melarikan wang tunai RM3,000 dan dua unit telefon bimbit bernilai RM500.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Perlis, DSP Teoh Paik Leng berkata, dalam
kejadian samun pada pukul 7.05 petang Sabtu lalu, dua lelaki itu menggunakan dua batang kayu bagi menyerang dua mangsa di dalam premis itu.

Peniaga kedai telefon itu yang berusia 35 tahun cedera di bahagian kepala dan menerima lima jahitan manakala pembantu kedai berusia 17 tahun menerima tujuh jahitan di bahagian belakang kepala di hospital.

Kedua mangsa telah dibenarkan keluar daripada Hospital Tuanku Fauziah (HTF), kata Teoh.

Menurutnya, berdasarkan maklumat orang ramai, polis menjejaki suspek di Kuala Perlis kira-kira pukul 11.10 pagi sehari selepas kejadian samun itu dan menahan salah seorang daripadanya selepas polis  melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar kenderaan yang dipandu suspek.

Polis melepaskan tiga das tembakan selepas lelaki itu cuba melanggar seorang anggota polis yang cuba menahannya, kata Teoh.

Kereta itu kemudiannya ditemui terbabas di Jalan Bukit Tok Poh dan berdasarkan kesan cap jari, seorang lelaki berumur 33 tahun ditahan untuk membantu siasatan dan polis telah mendapat perintah menahan reman lelaki itu sehingga 2 Jun.
    
Keratan akhbar daripada Metro & Utusan Malaysia
Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com