PARTI-PARTI POLITIK PATUH ARAHAN
KANGAR--- Parti-parti politik yang bertanding pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu mematuhi arahan Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR) supaya membersih atau menanggalkan semua poster yang digunakan semasa kempen parti masing-masing.
Tinjauan AKA Features mendapati seluruh Perlis terutama di kawasan perbandaran telah
dibersihkan kecuali tinggal terlalu
sedikit jumlah poster yang terlepas pandang oleh pihak parti terbabit.
Kerja-kerja pembersihan poster kempen PRU-13 dilaksanakan
dengan penuh beryanggungjawab oleh pekerja parti samada Barisan Nasional (BN)
atau Pakatan Rakyat (PR) serta Parti Bebas yang bertanding sebelum ini.
Namun terdapat juga bendera parti atau poster pilihanraya
digunakan oleh para petani untuk menghalau musuh padi di bendang
masing-masing.
No comments:
Post a Comment