Wednesday, June 5, 2013

MB AMBIL BERAT

MB melihat kecederaan yang dialami Mohd. Fais Latif
PAUH, 5 Jun 2013  ---  Penderitaan seorang kanak-kanak, Mohd. Fais Latif, 7 yang mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala akibat terjatuh di bukit  mendapat perhatian Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man yang menziarahi kanak-kanak itu di rumahnya di Kampung Rambai di sini kelmarin.
Mohd. Fais dikatakan terjatuh semasa bermain-main di bukit ketika  berada di Pulau Panjang, Satun pada Jun tahun lalu.

Menteri Besar Perlis  yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pauh turut menyampaikan sumbangan peribadi disamping sumbangan Felda Global Ventures (FGV) RM3,600 untuk membiayai kos rawatan perubatan Mohd. Fais .

Kata Azlan, kerajaan negeri bersedia  menampung  kos rawatan kanak-kanak itu sekiranya benar-benar diperlukan oleh keluarga terbabit.
MB memberikan sumbangan
Mohd. Fais akan menjalani rawatan lanjutan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah pada 9 Jun ini.

Pada masa sama Azlan turut menyerahkan  zakat FGV berjumlah RM10,000 kepada bapa kanak-kanak itu, Latif  Che’ Said sebagai bantuan membaiki rumah.
Hadir pada penyerahan zakat FGV itu ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Senator Mohd. Khalid Ahmad, Senator Shukor Sultan dan Pengurus Perjawatan dan Pentadbiran Kilang Gula Felda Perlis, Mohd. Fauzi Rashid.
Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com

No comments:

Post a Comment