Thursday, September 26, 2013



KILANG MOTOSIKAL KTM BAKAL DIBINA DI PERLIS


Kangar-Menteri Besar Azlan Man bersama wakil syarikat Motonation Manufacturer Sdn.Bhd (Motonation) (kanan) yang akan membuat pelaburan sebanyak RM30.3juta dengan membina kilang  memasang dan mengedar motosikal serta topi keledar jenis KTM di Pauh, Arau hujung tahun ini.
SIAPA KATA PERLIS TAK MAJU

MENTERI BESAR PERLIS BERPUISI TENTANG PERLIS MAJU 2015


KANGAR, 26 Sept -- Menteri Besar Perlis, Azlan Man memeriahkan
program Malam Bahasa Jiwa Bangsa-Gema Puisi Indera di sini malam tadi dengan turut menunjukkan bakat berpuisi.
Beliau menyampaikan puisi bertajuk "Siapa kata Perlis tak maju" karya penulis kelahiran Perlis, A.Rahim Abdullah pada majlis sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013.
Majlis yang menghimpunkan para penyair tanah air itu dianjurkan bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara, Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis dan Angkatan Sasterawan Indera.
Puisi yang disampaikan Azlan menggambarkan Perlis sebuah negeri kecil yang kian membangun.
Antara tokoh penulis dan budayawan yang turut berpuisi termasuk Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Md Salleh Yaapar, Pengarah IPG Perlis, Tan Yin Kee dan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis, Rahmad Md Noh.
Turut memeriahkan majlis itu dengan puisi-puisi santai dan patriotisme ialah penyair Puzi Hadi, Rejab FI, Sharif Shaary, Wan Ismalindawati Wan Ismail, Hasan Baseri Budiman, Prof Madya Dr Rahimah A. Hamid, A. Rahim Abdullah dan Dr Abdul Halim Ali.
Majlis turut diserikan dengan persembahan penglipurlara "Awang Batil" dan persemahan kebudayaan oleh artis JKKN Perlis serta IPG Perlis.


Wednesday, September 25, 2013

Rakyat Perlis Semakin Peka Dengan Pembangunan

Menteri Besar, Azlan Man menyampaikan cenderamata kepada
Naib Canselor UNIMAP Profesor Dato' Dr Kamaruddin Hussin

Kangar- Penerimaan rakyat Perlis berhubung pelaksanaan rancangan pembangunan  strategik ke arah Perlis Maju 2015 semakin memberangsangkan apabila mereka menunjukkan tindak balas yang positif kepada kerajaan.
Menurut Menteri Besar Perlis, Azlan Man,penerimaan tersebut dapat dilihat dengan jelas apabila rakyat didapati begitu sensitif terhadap setiap bentuk pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Beliau berkata, sikap keterbukaan yang diberikan oleh setiap lapisan rakyat dalam menerima perubahan minda dilihat banyak membantu memantapkan pembangunan Perlis Maju 2015.


MB memberi hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna
sempena Program Bual Bicara Perlis Maju 2015 
MB tiga dari kanan bergambar bersama pemenang pertandingan
mewarna kanak-kanak tadika
Tegasnya, dokongan dan sokongan rakyat ini mampu membawa Perlis kearah yang lebih mantap di dalam merealisasikan VISI Perlis Maju dengan lebih berkesan.
“ Sudah  ada tanda bahawa perubahan minda rakyat yang mula menerima sebarang rupa pembangunan yang telah digarapkan untuk membangunkan Perlis sebagai sebuah negeri maju  dalam tempoh yang semakin hampir.iaitu menjelang 2015 nanti.
“Daripada komen umum para peserta program ini menerusi beberapa soalan yang dikemukakan secara langsung menunjukkan bahawa  mereka sebenarnya memberi tumpuan serta perhatian yang bersungguh mengenai pembangunan yang akan berlaku di negeri Perlis yang secara tidak langsung sudah wujud kesedaran dikalangan mereka berhubung realiti Perlis bakal menjadi negeri maju menjelang 2015,”katanya.
Menteri Besar Perlis itu menyatakan kayakinan tersebut selepas Program Bual Bicara Perlis Maju 2015 Parlimen Kangar di Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar semalam..
Kata Azlan usaha memberi kefahaman kepada rakyat tentang perubahan minda ini akan dilakukan berterusan dalam membudayakan Program Perlis Maju 2015 agar menjadi sebahagian aspek penting dalam kehidupan rakyat di negeri ini.
Program Bual Bicara tersebut melibatkan penyertaan lebih 3 ribu peserta yang terdiri dari kalangan rakyat Perlis.
Panel Jemputan adalah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP), Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Hussin, Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pengangkutan, Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru, Tuan Sabry Ahmad dan Pengarah Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Tuan Md. Silmi Abd Rahman.
MANGSA KEBAKARAN DAPAT PERHATIAN

Menteri Besar Perlis ,Azlan Man kiri, sedang bertanya khabar kepada mangsa kebakaran, Cik Hasnah Noor,
 kanan ketika melawat mangsa bencana itu baru-baru ini.

Kangar-  Nasib malang  mangsa kebakaran di Kampung Mengkuang Layar, dekat sini petang kelmarin mendapat perhatian serta simpati Menteri Besar, Azlan Man yang menziarahi keluarga terbabit di lokasi kejadian  itu .
Turut melawat mangsa kebakaran terbabit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tambun Tulang , Datuk Ismail Kassim dan ADUN Simpang Empat, Nurul Hisham Yaakob serta Setiausaha Politik Menteri besar perlis, Senator Mohd Khalid Ahmad.
Menteri Besar Perlis itu juga turut menyampaikan bantuan serta merta keperluan makanan  kepada mangsa kebakaran  semasa menziarahi keluarga tersebut.
MenurutAzlan, keluarga terbabit turut menerima bantuan sebuah rumah daripada pihak Baitulmal Negeri Perlis disamping bantuan  serta merta wang tunai berjumlah RM1,000.
MB Perlis di lokasi kebakaran- Kampung Mengkuang Layar
Dalam bencana kebakaran kira-kira pukul 4.30 petang semalam, Che Hasnah Noor, 73 yang tinggal bersama seorang anak serta dua cucunya berumuar lima dan enam tahun  terselamat walaupun  mereka  tinggal sehelai sepinggang.
Menceritakan detik demas akibat kejadian itu kepada Menteri Besar, Che Hasnah yang mengalami `stroke’ sejak dua tahun lalu menganggarkan kerugian hampir RM100,000  apabila keseluruhan rumah serta harta benda yang lain musnah.
Namun begitu, beliau bersykur kerana anak dan dua cucunya selamat tanpa megalami sebarang kecederaan.