Wednesday, September 25, 2013

MANGSA KEBAKARAN DAPAT PERHATIAN

Menteri Besar Perlis ,Azlan Man kiri, sedang bertanya khabar kepada mangsa kebakaran, Cik Hasnah Noor,
 kanan ketika melawat mangsa bencana itu baru-baru ini.

Kangar-  Nasib malang  mangsa kebakaran di Kampung Mengkuang Layar, dekat sini petang kelmarin mendapat perhatian serta simpati Menteri Besar, Azlan Man yang menziarahi keluarga terbabit di lokasi kejadian  itu .
Turut melawat mangsa kebakaran terbabit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tambun Tulang , Datuk Ismail Kassim dan ADUN Simpang Empat, Nurul Hisham Yaakob serta Setiausaha Politik Menteri besar perlis, Senator Mohd Khalid Ahmad.
Menteri Besar Perlis itu juga turut menyampaikan bantuan serta merta keperluan makanan  kepada mangsa kebakaran  semasa menziarahi keluarga tersebut.
MenurutAzlan, keluarga terbabit turut menerima bantuan sebuah rumah daripada pihak Baitulmal Negeri Perlis disamping bantuan  serta merta wang tunai berjumlah RM1,000.
MB Perlis di lokasi kebakaran- Kampung Mengkuang Layar
Dalam bencana kebakaran kira-kira pukul 4.30 petang semalam, Che Hasnah Noor, 73 yang tinggal bersama seorang anak serta dua cucunya berumuar lima dan enam tahun  terselamat walaupun  mereka  tinggal sehelai sepinggang.
Menceritakan detik demas akibat kejadian itu kepada Menteri Besar, Che Hasnah yang mengalami `stroke’ sejak dua tahun lalu menganggarkan kerugian hampir RM100,000  apabila keseluruhan rumah serta harta benda yang lain musnah.
Namun begitu, beliau bersykur kerana anak dan dua cucunya selamat tanpa megalami sebarang kecederaan.

No comments:

Post a Comment