SIAPA KATA PERLIS TAK MAJU
MENTERI BESAR PERLIS BERPUISI TENTANG PERLIS MAJU 2015
|
KANGAR, 26 Sept -- Menteri Besar Perlis, Azlan Man memeriahkan
program Malam Bahasa Jiwa Bangsa-Gema Puisi Indera di sini malam tadi dengan
turut menunjukkan bakat berpuisi.Beliau menyampaikan puisi bertajuk "Siapa kata Perlis tak maju" karya penulis kelahiran Perlis, A.Rahim Abdullah pada majlis sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013. Majlis yang menghimpunkan para penyair tanah air itu dianjurkan bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara, Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis dan Angkatan Sasterawan Indera. Puisi yang disampaikan Azlan menggambarkan Perlis sebuah negeri kecil yang kian membangun. Antara tokoh penulis dan budayawan yang turut berpuisi termasuk Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Md Salleh Yaapar, Pengarah IPG Perlis, Tan Yin Kee dan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis, Rahmad Md Noh. Turut memeriahkan majlis itu dengan puisi-puisi santai dan patriotisme ialah penyair Puzi Hadi, Rejab FI, Sharif Shaary, Wan Ismalindawati Wan Ismail, Hasan Baseri Budiman, Prof Madya Dr Rahimah A. Hamid, A. Rahim Abdullah dan Dr Abdul Halim Ali. Majlis turut diserikan dengan persembahan penglipurlara "Awang Batil" dan persemahan kebudayaan oleh artis JKKN Perlis serta IPG Perlis. |
No comments:
Post a Comment