Rakyat Perlis Semakin Peka Dengan Pembangunan
Menteri Besar, Azlan Man menyampaikan cenderamata kepada Naib Canselor UNIMAP Profesor Dato' Dr Kamaruddin Hussin |
Kangar- Penerimaan rakyat Perlis berhubung pelaksanaan rancangan pembangunan strategik ke arah Perlis Maju 2015 semakin memberangsangkan apabila mereka menunjukkan tindak balas yang positif kepada kerajaan.
Menurut Menteri Besar Perlis, Azlan Man,penerimaan tersebut dapat dilihat dengan jelas apabila rakyat didapati begitu sensitif terhadap setiap bentuk pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Beliau berkata, sikap keterbukaan yang diberikan oleh setiap lapisan rakyat dalam menerima perubahan minda dilihat banyak membantu memantapkan pembangunan Perlis Maju 2015.
MB memberi hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna sempena Program Bual Bicara Perlis Maju 2015 |
MB tiga dari kanan bergambar bersama pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak tadika |
Tegasnya, dokongan dan sokongan rakyat ini mampu membawa Perlis kearah yang lebih mantap di dalam merealisasikan VISI Perlis Maju dengan lebih berkesan.
“ Sudah ada tanda bahawa perubahan minda rakyat yang mula menerima sebarang rupa pembangunan yang telah digarapkan untuk membangunkan Perlis sebagai sebuah negeri maju dalam tempoh yang semakin hampir.iaitu menjelang 2015 nanti.
“Daripada komen umum para peserta program ini menerusi beberapa soalan yang dikemukakan secara langsung menunjukkan bahawa mereka sebenarnya memberi tumpuan serta perhatian yang bersungguh mengenai pembangunan yang akan berlaku di negeri Perlis yang secara tidak langsung sudah wujud kesedaran dikalangan mereka berhubung realiti Perlis bakal menjadi negeri maju menjelang 2015,”katanya.
Menteri Besar Perlis itu menyatakan kayakinan tersebut selepas Program Bual Bicara Perlis Maju 2015 Parlimen Kangar di Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar semalam..
Kata Azlan usaha memberi kefahaman kepada rakyat tentang perubahan minda ini akan dilakukan berterusan dalam membudayakan Program Perlis Maju 2015 agar menjadi sebahagian aspek penting dalam kehidupan rakyat di negeri ini.
Program Bual Bicara tersebut melibatkan penyertaan lebih 3 ribu peserta yang terdiri dari kalangan rakyat Perlis.
Panel Jemputan adalah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP), Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Hussin, Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pengangkutan, Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru, Tuan Sabry Ahmad dan Pengarah Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Tuan Md. Silmi Abd Rahman.
No comments:
Post a Comment