YAB Tuan Azlan Man menghadiri Kem Kesihatan Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis pada 30 Mac 2014
Sunday, March 30, 2014
Wednesday, March 26, 2014
Monday, March 24, 2014
LARIAN BATON SUKMA XVII PERINGKAT DUN TAMBUN TULANG
YB Dato' Ismail Kassim menyertai larian baton SUKMA yang bermula di Titichai, Utan aji dan Berakhir di Masjid Tambun Tulang.
Friday, March 21, 2014
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-40 2014 DAN MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA KOLEJ VOKASIONAL KANGAR DAN INDUSTRI
ADUn Simpang Empat, YB Tuan Nurulhisham Yaakob mewakili Ahli Parlimen Kangar, Dato' Seri Shahidan bin Kassim menghadiri Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Menandatngani MOU antara Kolej Vokasional Kangar dan Industri
Thursday, March 20, 2014
ASAL JADI DUIT
KANGAR (20 Mac 2014) :
Asal jadi duit, dia pungut apa saja bahan terbuang diperbuat daripada
besi, getah atau atau plastic untuk
dijual kepada pembeli barangan bagi proses kitar semula untuk mendapatkan wang
perbelanjaan keluarga.
Demikian rotin sehari-hari kehidupan bekas pekerja buruh syarikat
pengendalian kutipan sampah Majlis Perbandaran Kangar (MPK) , Ismail Ibrahim ,
56 dari Kampung Chemumar demi mencari rezeki halal.
Dengan kudrat tulang empat kerat Ismail yang juga dikenali sebagai
Mat Jadi boleh diibaratkan seperti ` kais
pagi makan pagi , kais petang makan
petang ’ kerana punca pencariannya yang semata-mata tertumpu kepada hasil penjualan
barangan terbuang.
Ismail keluar rumah seawal 7.00 pagi, selepas menghantar
anak ke sekolah dengan motosikalnya yang agak uzur dia terus memulakan pencarian
barang buangan di setiap tapak buangan barang-barang berkaitan untuk
dikumpulkan sebanyak mungkin.
“ Tak banyak, bolehlah RM20 atau RM30 sehari, tapi bukan
setiap hari , kadang-kadang nak dapat RM10 pun belum tentu,” kata Ismail
ditemui di luar Kompleks Dewan Undangan Negeri sedang mengumpul barang buangan diperolehinya.
Ketika ini enam daripada sembilan orang anak termasuk yang
bungsu berumur 5 tahun masih di bawah tanggungan Ismail manakala tiga lagi anak
perempuannya telah berkeluarga.
Menurut Ismail, keadaan kesihatannya juga menyebabkan dia
tidak boleh melakukan kerja berat seperti buruh kontrak , maka itu sebabnya dia
lebih selesa berkerja sendiri dengan
mengumpul barang buangan yang boleh dijadikan
sumber pendapatan meskipun tidak seberapa.
Pada masa sama Ismail juga turut mengidap sejenis penyakit
usus disamping darah tinggi, kencing manis serta ketumbuhan di sebelah mata kanannya
yang menyebabkan penglihatannya agak kabur, namun begitu kerja mencari rezeki
keluarga tetap diteruskan.
Ismail yang mempunyai pendapatan tetap RM200 sebulan daripada
bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
lebih sepuluh tahun lalu perlu meneruskan kehidupan bersama anak isterinya
walaupun dalam keadaan daif serta menghadapi gangguan kesihatan kerana dia merupakan ketua
keluarga.
Walaupun agak mustahil untuk dia merobah kehidupan
keluarganya dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang Ismail tidak ada pilihan kerana
ini sahaja keupayaan yang ada pada dirinya- A.KARIM AHMAD.
Subscribe to:
Posts (Atom)