Tuesday, March 4, 2014

BRIM : ORANG BAGI KITA AMBIL


 


ARAU (Mac 2014):  “ Orang bagi kita ambil “,  rata-rata penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) mengungkapkan kata-kata demikian disebalik menzahirkan penghargaan secara ikhlas kepada pihak yang memberi.
Dalam hal ini rakyat sewajarnya menyatakan penghargaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa prihatin dengan masalah rakyat terutama golongan berpendapatan kurang RM3,000 yang layak untuk menerima BRIM.
Tinjauan pihak kami pada Majlis Penyampaian BRIM Peringkat DUN Pauh mendapati kebanyakan mereka yang diminta pandangan mereka berhubung pemberian BRIAM oleh kerajaan ini memberi ungkapan mudah – “orang bagi kita ambil”.
Menteri Besar Perlis merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pauh, Tuan Azlan Man dan Menteri  Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim selaku Ahli Parlimen Arau sama-sama menyampaikan BRIM kepada penerima yang layak.
Hadir sama pada majlis penyampaian BRIM peringkat DUN pauh ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd.Khalid Ahmad.
Dikalangan 2,729 rakyat di kawasan DUN Pauh ada di antara mereka menerima RM650, RM450 dan RM300 mengikut kreteria disahkan pihak LHDN negeri Perlis.
Semasa menerima serahan wang mengikut kadar masing-masing pihak kami  mula dengar desas-desus kurang senang dikalangan penerima bantuan berkaitan.
Berapa banyak mana orang (kerajaan) bagi kita ambil, apa hendak dikisahkan sangat tentang berterima kasih atau menghargai pemberian itu kerana sudah menjadi satu tanggungjawab kerajaan yang memerintah membantu rakyat.
Orang bagi kita ambil – begitulah yang diungkapkan oleh rata-rata penerima BRIM apabila ditanya pandangan atau perasaan masing-masing  kerana sebahagian besar daripada mereka tidak menghayati hasrat kerajaan mewujudkan skim bantuan ini.



    

No comments:

Post a Comment