Monday, March 17, 2014

KONVOI KEMBARA BUMI SUCI 2014











KEMBARA BUMI SUCI KE MEKAH 2014
ARAU (5 Mac 20140) : Seramai 12 peserta dari kelab motosikal berkuasa tinggi SAM memulakan konvoi  ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah melalui Thailand, kelmarin.
Peserta Kembara Bumi Suci ini terdiri lapan penunggang motosikal dan empat menaiki caravan membawa berbagai kelengkapan sokongan bertolak melalui dari Perlis melalui Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan memasuki Thailand menerusi pekan Danok.
Pelepasan konvoi Kembara Bumi Suci ini disempurnakan bersama oleh Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man danRektor UiTM Perlis, Prof. Datuk Ahmad Ridzuan di Kampus UiTM Perlis di sini, kelmarin.
Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad yang kemudian mengiringi peserta konvoi berkenaan sehingga ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dan melepasi sempadan Malaysia-Thailand melalui Danok.Perjalanan mereka dijangka memakan masa 55 hari

No comments:

Post a Comment