Monday, March 17, 2014

JANGAN TERPENGARUH TENTANG ANDAIAN MH370


ARAU (17 Mac 2014):  Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man harap rakyat 
negeri ini tidak terlalu mudah menerima andaian berhubung isu pesawat 
MH370 yang hangat diperkatakan sekarang.
Beliau berkata, pelbagai andaian tidak berasas tersebar melalui media 
internet atau laman social oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk 
mengeruhkan lagi keadaan.
“ Tunggu sehingga pengesahan sahih dan rasmi daripada Kerajaan Malaysia 
berhubung  pesawat MH370  ini,” katanya dalam perjumpaan ramah mesra bersama 
penduduk di Kampung Rambai, Pauh dekat sini kelmarin.

Turut  sama pada majlis perjumpaan itu ialah Yang Dipertua BAIDUNITA, 
Puan Nor Aswana Omar yang juga isteri Menteri Besar, Setiausaha Politik 
Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad, Setiausaha Sulit Menteri Besar,
Encik Herwadey Hashim dan Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Komuniti 
(UPK) Peiabat Menteri Besar, DSP(B) Hassan Othman.
Katanya, orang ramai boleh menerima setiap andaian dalam media sosial 
berhubung kehilangan pesawat MH370 sebagai benar sehingga kenyataan 
rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Menteri Besar turut meminta orang ramai termasuk penduduk di Kampung 
Rambai supaya sentiasamendoakan keselamatan pesawat serta penumpang 
MH370.

Pada majlis perjumpaan itu beliau juga memberi penjelasan  berhubung  
kenaikan harga barang, pemansuhan subsidi tertentu dan sistem percukaian 
kerajaan.

Disamping menyampaikan penjelasan tersebut Menteri Besar membuka sesi bersoal jawab dengan para penduduk berkaitan masalah dihadapi oleh penduduk.Sempena program perjumpaan itu Menteri Besar juga berkesempatan menziarahi seorang penduduk yang terlantar sekian lama di rumah akibat penyakit kanser payudara dihidapinya.




No comments:

Post a Comment