Thursday, October 24, 2013

LENSA DARI DUN SUNGAI LIMAU

Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Senator Mohd. Khalid Ahmad perkenalkan Menteri Besar,  Azlan Man kepada seorang Senator wanita dari Pahang.

MB Perlis, Azlan Man mengambil sarapan pagi bersama beberapa penyokong BN

Apa kata Naib Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi kepada Menteri Besar kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Menteri Besar Perlis ucap tahniah kepada calon BN 

Senator Shukor Sultan perhati  MB Perlis pakai T-shirt BN 

Timbalan Pengerusi Badan PerhubunganUMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah (3 dari kiri) bergambar kenangan dengan MB Perlis.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (baju merah) bercakap sesuatu dengan MB Perlis (Tengah ) dan seorang pemimpin UMNO .

Seorang Jurufoto media  sanggup panjat tiang pagar untuk rakamkan gambar menarik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin ( dua dari kiri) mengiringi calon BN ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Datuk Madi.

Senator Mohd. Khalid dan AJK UMNO Kangar,Datuk Tajuddin Ismail tidak ketinggalan menyertai perarakan calon BN ke pusat  penamaan calun.

Tuesday, October 22, 2013

UPP CHUPING
TANGKAP 3 LELAKI RAMPAS 312 KG KETUM & 214 LITER MINYAK PETROL

PADANG BESAR, 22 OKTOBER – Seorang pengedar daun ketum yang berangan-angan mendapat keuntungan lebih dari RM20,000 jika berjaya menjaul sejumlah daun ketum di negara jiran terpaksa berputih mata apabila dia diberkas oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)  di kawasan ladang tebu Chuping ,dekat sini  awal pagi ini.
Menurut Komander UPP Chuping, Asisten Superintenden Syed Basri Syed Ali, lelaki tempatan berketurunan berumur 24 tahun itu ditahan jaln 4.20 agi ini oleh sepasukan anggota risik UPP Chuping yang sedang mengadakan operasi di kawasan ladang tebu ketika memandu  sebuah kereta  dalam keadaan mencurigakan.
Syed Basri berkata,  anggota UPP  yang memeriksa kereta jenis lama dinaiki lelaki itu dan mendapati  lapan guni putih mengandungi daun ketum seberat 312 kilogram dianggarkan  bernilai RM24,960 serta membawa lelaki tersebut bersama kereta berharga RM3,000 ke kem UPP Chuping untuk siasatan lanjut.
Tambah beliau, suspek berkenaan akan di dakwa di bawah seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun  atau kedua-dua sekali jika saabit kesalahan.
Dalam satu serbuan kes yang lain pada 1.30  tengah hari semalam sepasukan anggota UPP Chuping yang sedang melakukan operasi  di sekitar Kangar telah menahan  dua lelaki berbangsa China berumur  19 dan 36 tahun menaiki  seb uah kereta jenis Ford lama dalam keadaan mencurigakan.
“ Apabila dilakukan pemeriksaan terperinci  anggota UPP bertugas mendapati  ada tangki minyak tambahan ditempat duduk serta bonet belakang kereta berkenaan  yang telah diisikan 214 liter minyak petrol  bernilai RM450,” katanya.
Tambah Syed Basri kedua lelaki terbabit ditahan bersama rampasan di Kem UPP Chuping untuk tindakan dan siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Akta Kawalan Dan Bekalan 1961 oleh KPDNKK Perlis  kerana bertujuan menyeludup minyak subsidi ke negara jiran.  
Katanya,  jika disabitkan kesalahan lelaki terbabit boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali .
End.

Sunday, October 20, 2013

PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN KANGAR

PEMILIHAN UMNO DI BAHAGIAN KANGAR BERJALAN LANCAR

KANGAR ; Pemilihan UMNO di Bahagian Kangar berjalan lancar di Dewan 2020 pada 19 Oktober 2013 kelmarin walaupun timbul sedikit kkeliruan oleh ahli-ahli parti yang mencadangkan supaya dibuat perubahan pada sessi pengundian pada pemilihan tersebut.Namun pemilihan itu berjalan seperti yang telah diputuskan oleh UMNO seperti biasa.

Para perwakilan akhirnya membuat keputusan muktamad dengan memilih Menteri Besar, Tuan Azlan Man sebagai Ketua UMNO Bahagian Kangar yang baru menggantikan bekas Ketua Bahagian lalu, Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu pada pemilihn itu.

Tuan Azlan Man berjaya memperolehi 449 undi mengatasi dua pencabarnya iaitu Ahli Parlimen Kangar, Ir Shaharuddin Ismail yang mendpat 296 undi dan Datuk Hashim Suboh yang hanya mendapat 12 undi.

Sementara itu pemilihan UMNO Bahagian Kangar turut menyaksikan Haji Azam Rashid kekal mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian sementara Azhar Ahmad berjaya menyandang jawatan Naib Ketua Bahagian itu.









Pengumuman keputusan pengundian bagi kesemua jawatan berlangsung selewat 2.40 pagi 20 Oktober 2013 diikuti penangguhan Persidangan Perwakilan Bahagian Kangar kira-kira 4.00 pagi ini.

MAJLIS PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN ARAU


Pemilihan UMNO Bahagian Arau yang telah berlangsung pada 19 Oktober, telah dimenangi oleh Dato' Seri Shahidan bin Kassim sebagai Ketua UMNO Bahagian Arau. Manakala Dato' Ismail Kassim pula memenangi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagia Arau. Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian  pula dimenangi oleh Dato' Roazabil

YB Jefperi Othman bersama Dato' Roazabil


YB Senator Mohd Khalid Ahmad bersalaman dengan
YB Dato' Ismai Kassim 

Friday, October 18, 2013

PENGAWAL KESELAMATAN KESEMPITAN HIDUP


KANGAR- Seorang pengawal keselamatan, Nurdinar Bakar,32,  menghadapi  kesempitan hidup kerana terpaksa menyara  enam orang anaknya dengan gaji sebanyak RM800 sebulan.
Nordinar seorang ibu tunggal  bukan sahaja menyara kehidupan enam anak berumur sembilan bulan hingga 17 tahun bahkan ibunya juga yang tinggal bersama di sebuah rumah sewa di Kampung Pondok di sini dengan kadar sewa RM350 sebulan.
Anak sulungnya  masih belajar di tingkatan lima sebuah sekolah menengah manakala empat lagi di sekolah rendah dan seorang di tadika.
“ Saya sudah tidak berdaya lagi untuk menyara kehidupan anak-anak yang semakin membesar dan menanggung  perbelanjaan yang tinggi setiap hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurut Nurdinar, setiap hari beliau terpaksa menyediakan lebih RM20 hanya untuk wang saku sekolah anak-anak disamping belanja untuk  makanan dan lain-lain keperluan semasa.
Nurdinar yang berkerja dengan sebuah syarikat keselamatan sejak empat tahun lalu memperolehi  pendapatan RM800 sebulan dan dengan wang sebanyak itu digunakan menyara keluarga anak dan ibunya.
Katanya  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis juga turut memberi bantuan RM300 sebulan untuk anak-anaknya sejak dua tahun lalu namun tidak mencukupi walaupun dicampur dengan gajinya.
Ujar Nurdinar, beliau membelanjakan kira-kira RM400  untuk keperluan anak kecilnya termasuk membeli susu sementara RM300 atau lebih untuk persekolahan lima anak yang lain setiap bulan tidak termasuk perbelanjaan makanan dan membayar hutang serta duit sewa rumah.
“Rumah yang saya sewa sekarang ada banyak masalah termasuk bumbungnya yang bocor sehingga saya terpaksa menahan banyak baldi setiap kali hujan turun
 “Kalau boleh saya ingin mendapatkan  rumah lain yang lebih selesa dan murah sedikit kadar bayaran bulanannya seperti  di Pangsapuri Sena atau flat  Wang Hulu kerana kadar sewa di situ yang hanya sekitar RM150 sebulan sedikit sebanyak mengurangkan beban yang saya tanggung,” ujarnya.
Nurdinar merayu agar pihak berkuasa tertentu termasuk kerajaan negerii atau JKM dapat mempertimbangkan untuk membantunya mendapatkan perumahan awam tersebut.
Katanya, dia kini agak tertekan apabila terpaksa berkerja dari pukul  7 pagi hingga 7 petang dengan pendapatan yang tidak setara untuk menyara  kehidupan keluarganya.

Monday, October 14, 2013

ROADSHOW MAJLIS PENGENALAN CALON AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO SELURUH MALAYSIA
PERAK-SELANGOR-WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR-KELANTAN-TERENGGANU-PAHANG-MELAKA-JOHOR-PERLIS-KEDAH-PULAU PINANG
4 OKTOBER 2013 - 11 OKTOBER 2013

PERAK







SELANGOR





WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR





KELANTAN





TERENGGANU





PAHANG





MELAKA







JOHOR





PERLIS





KEDAH






PULAU PINANG