Friday, October 4, 2013

PERLIS MAHU PAGAR SEMPADAN DIGANTI TEMBOK KONKRIT




PADANG BESAR, 3 Okt -- Kerajaan negeri Perlis akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan pusat bagi menggantikan
 pagar sempadan yang memisahkan
Malaysia dan Thailand di sini dengan tembok konkrit yang lebih kukuh.     Menteri Besar Perlis Azlan Man berkata pagar sempadan menggunakan kawatberduri itu yang dibina pada 1979 terlalu uzur dan memudahkan kegiatanpencerobohan serta penyeludupan.    Bercakap kepada pemberita selepas meninjau pagar sempadan sepanjang 22.5kilometer dari Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Padang Besar itu, beliau berkatabanyak kegiatan penyeludupan dikesan berlaku di kawasan pagar sempadan yangantara lain berpunca daripada masalah pagar sempadan.    "Kawat berduri mudah dipatah dan dipotong bagi mewujudkan laluan haram ataulubang tikus. Hanya beberapa minit saja boleh dilakukan," katanya.    Menurutnya kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan penggantian pagarsempadan kepada tembok konkrit dalam tempoh terdekat supaya kedaulatan negaraini tidak dirobek dengan kegiatan penyeludupan manusia dan barangan.
kawat berduri yang telah berusia lebih 30 tahun.
    "Selama ini saya mendengar rungutan (mengenai pagar sempadan). Hari ini saya
melawat dan mendapati kewajaran menggantikan pagar dengan tembok konkrit,"
katanya.
    Menteri Besar berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan Kedah kerana
penggantian pagar sempadan akan lebih berkesan jika disekalikan dengan sempadan
Kedah-Thailand.
    Beliau percaya pembinaan tembok konkrit bukan sahaja dapat mengurangkan kos
penyenggaraan berbanding pagar tetapi juga dapat menangani pencerobohan dengan
berkesan.
    Dalam lawatan itu, beliau turut bertemu anggota-anggota Batalion 3, Pasukan
Gerakan Am (PGA) yang bertanggungjawab menjaga kawasan sempadan itu untuk
bertanya khabar.
(ICQ) Padang Besar dan singgah di Kem Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang
Besar untuk mendengar taklimat yang disampaikan Ketua Imigresen Padang Besar
Hazmi Sulaiman.
    Dalam taklimat itu, Hazmi berkata antara Januari dan Ogos lalu, warga negara
Malaysia adalah paling ramai melepasi sempadan melalui Padang Besar berbanding
rakyat Thailand membabitkan 151,769 yang keluar dan 147,251 yang masuk semula ke
negara ini.
    Ini diikuti rakyat Thailand sebanyak 117,162 yang memasuki negara ini dan
jumlah yang pulang ke negara mereka melalui Padang Besar sebanyak 116,453 orang.
    Mengenai kes pencerobohan, beliau berkata agensi keselamatan dan penguat
kuasa di sempadan sentiasa mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan
kegiatan yang memudaratkan negara dapat ditumpaskan termasuk kes pendatang tanpa
izin.
    Turut menyertai menteri besar melakukan tinjauan itu ialah Pengerusi
Jawatankuasa Sempadan Perlis Ahmad Bakri Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru Perlis Sabry Ahmad,
Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis Mat bin Hassan serta Pengerusi
Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis Abdul Jamil Saad.

Azlan percaya kos menyenggara tembok sempadan lebih rendah berbanding pagar

Azlan turut meninjau operasi di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kurantina

No comments:

Post a Comment