PEMILIHAN UMNO DI BAHAGIAN KANGAR BERJALAN LANCAR
KANGAR ; Pemilihan UMNO di Bahagian Kangar berjalan lancar di Dewan 2020 pada 19 Oktober 2013 kelmarin walaupun timbul sedikit kkeliruan oleh ahli-ahli parti yang mencadangkan supaya dibuat perubahan pada sessi pengundian pada pemilihan tersebut.Namun pemilihan itu berjalan seperti yang telah diputuskan oleh UMNO seperti biasa.
Para perwakilan akhirnya membuat keputusan muktamad dengan memilih Menteri Besar, Tuan Azlan Man sebagai Ketua UMNO Bahagian Kangar yang baru menggantikan bekas Ketua Bahagian lalu, Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu pada pemilihn itu.
Tuan Azlan Man berjaya memperolehi 449 undi mengatasi dua pencabarnya iaitu Ahli Parlimen Kangar, Ir Shaharuddin Ismail yang mendpat 296 undi dan Datuk Hashim Suboh yang hanya mendapat 12 undi.
Sementara itu pemilihan UMNO Bahagian Kangar turut menyaksikan Haji Azam Rashid kekal mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian sementara Azhar Ahmad berjaya menyandang jawatan Naib Ketua Bahagian itu.
Pengumuman keputusan pengundian bagi kesemua jawatan berlangsung selewat 2.40 pagi 20 Oktober 2013 diikuti penangguhan Persidangan Perwakilan Bahagian Kangar kira-kira 4.00 pagi ini.
No comments:
Post a Comment