Tuesday, October 22, 2013

UPP CHUPING
TANGKAP 3 LELAKI RAMPAS 312 KG KETUM & 214 LITER MINYAK PETROL

PADANG BESAR, 22 OKTOBER – Seorang pengedar daun ketum yang berangan-angan mendapat keuntungan lebih dari RM20,000 jika berjaya menjaul sejumlah daun ketum di negara jiran terpaksa berputih mata apabila dia diberkas oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)  di kawasan ladang tebu Chuping ,dekat sini  awal pagi ini.
Menurut Komander UPP Chuping, Asisten Superintenden Syed Basri Syed Ali, lelaki tempatan berketurunan berumur 24 tahun itu ditahan jaln 4.20 agi ini oleh sepasukan anggota risik UPP Chuping yang sedang mengadakan operasi di kawasan ladang tebu ketika memandu  sebuah kereta  dalam keadaan mencurigakan.
Syed Basri berkata,  anggota UPP  yang memeriksa kereta jenis lama dinaiki lelaki itu dan mendapati  lapan guni putih mengandungi daun ketum seberat 312 kilogram dianggarkan  bernilai RM24,960 serta membawa lelaki tersebut bersama kereta berharga RM3,000 ke kem UPP Chuping untuk siasatan lanjut.
Tambah beliau, suspek berkenaan akan di dakwa di bawah seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun  atau kedua-dua sekali jika saabit kesalahan.
Dalam satu serbuan kes yang lain pada 1.30  tengah hari semalam sepasukan anggota UPP Chuping yang sedang melakukan operasi  di sekitar Kangar telah menahan  dua lelaki berbangsa China berumur  19 dan 36 tahun menaiki  seb uah kereta jenis Ford lama dalam keadaan mencurigakan.
“ Apabila dilakukan pemeriksaan terperinci  anggota UPP bertugas mendapati  ada tangki minyak tambahan ditempat duduk serta bonet belakang kereta berkenaan  yang telah diisikan 214 liter minyak petrol  bernilai RM450,” katanya.
Tambah Syed Basri kedua lelaki terbabit ditahan bersama rampasan di Kem UPP Chuping untuk tindakan dan siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Akta Kawalan Dan Bekalan 1961 oleh KPDNKK Perlis  kerana bertujuan menyeludup minyak subsidi ke negara jiran.  
Katanya,  jika disabitkan kesalahan lelaki terbabit boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali .
End.

No comments:

Post a Comment