Tuesday, December 24, 2013

MAJLIS PERBANDARAN KANGAR MEMBERI BANTUAN PAKAIAN PERSEKOLAHAN

YDP MPK, Tuan Haji Rosley bin Mat bergambar bersama kanak-kanak yang menerima bantuan pakaian sekolah

YDP memilih baju bersama salah seorang kanak-kanak

YDP mengukur seluar kepada seorang kanak-kanak yang menerima bantuan



Wednesday, December 18, 2013

SEKITAR PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-13 MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA (16-18 DISEMBER 2013)

ADUN Sanglang, Mohd Ramli dari PAS bersama ADUN Mata Ayer, Khairi Hassan dan ADUN Indera Kayangan, Chan Ming Kai dari PKR

ADUN Titi Tinggi, Khaw Hock Kong memerhati ADUN Simpang Empat, Nurul Hisyam Yaakob bersalaman dengan ADUN Indera Kayangan, Chan Ming Kai

ADUN Tambun Tulang, Dato Ismail Kassim dan ADUN Chuping, Puan Asmaiza Ahmad

ADUN Tambun Tulang Dato Ismail Kassim bersalaman dengan ADUN Indera Kayangan Chan MIng Kai

Speaker DUN, Hamdan Bahari bersama YAB Tuan Azlan Man

ADUN Kayang, Ahmad Bakri Dato Ali dan ADUN Sena, Abdul Jamil Saad

Sidang Media selepas tamat Persidangan DUN

Wednesday, December 11, 2013

JALAN BAN MADA TERUK

KANGAR, 11 Disember –Sebatang jalan ban di kawasan  Kemajuan Pertanian Muda 
(MADA)  yang bersambung  dengan bahu jalan di sebelah 
kiri jalan Persiaran Wawasan ke Seriab rosak teruk.

Jalan ban tersebut juga merupakan jalan pintas daripada 

Dataran  Rindu Alam di Persiaran Wawasan ke Titi Chai, 

Utan Aji kini runtuh serta berlopak besar serta membahayakan 

pengguna.

Telah terdapat beberapa kemalangan terutama melibatkan 

penunggang motosikal  yang melalui jalan  ban MADA itu 

terutama pada waktu malam.


Jalan ban MADA itu juga  memberi  masalah apabila dua 
kenderaan bertembung ketika berselisih di mana jika tidak 
berhati-hati  boleh menyebabkan berlaku kemalangan.
Orang ramai  terutama para penunggang motosikal yang 
sering menggunakan  jalan ban MADA itu setiap masa meminta 
pihak berkuasa berkenaan  memberi perhatian sewajarnya 
berhubung masalah ini sebelum berlaku kejadian  lebih buruk. 
Oleh : nanaDiyana


Monday, December 9, 2013

5 RIBU KUNJUNGI HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN PERLIS

ARNAB BELANDA CURI TUMPUAN
KANGAR : Arnab baka Belanda yang dikenali sebagai `Holland Looks’ 
mencuri tumpuan para pengunjung expo sempena Hari Peladang, 
Penternak Dan Nelayan peringkat negeri Perlis.
Expo selama empat hari di Dataran Datuk Sheikh Ahmad bermula 
5 Disember berakhir dengan majlis penutupan oleh Exco Pertanian 
dan Pembangunan Asas Pertanian Negeri, Ahmad Bakri Dato’ Ali, 
kelmarin. 
Gerai pameran Jabatan Veterinar Negeri Perlis berjaya menarik 
tumpuan ramai pengunjung yang menyaksikan berbagai jenis 
haiwan peliharaan seperti kambing, kuda bonsai, tupai, arnab dan 
lain-lain termasuk ayam serama.
Antara haiwan ternakan yang paling menarik perhatian ramai 
pelawat expo tersebut ialah `Holand Looks’ yang merupakan baka 
arnab dari negara Belanda. Oleh : Khairul Nazril








Friday, December 6, 2013

PASAR MALAM ANJUNG KELI

Mohd Naaim Ismail @ Duans
Setiausaha PPPMPs

KANGAR (6 Disember 2013) :   Pasar Malam Anjung Keli di Jalan 
Padang Behor yang mula beroperasi pada hari Khamis, 
5 Disember 2013 merupakan alternatif kepada penduduk 
di sekitar Kangar untuk membeli keperluan semasa termasuk 
berbagai makanan.
Menurut Setiausaha Persatuan Penjaja Pasar Malam Perlis 
(PPPMPs) yang menganjurkan pasar malam dinamakan 
Pasar Malam Anjung Keli ini, Mohd. Naaim Ismail, kira-kira 100 peserta berniaga di lokasi baru ini.
Beliau yang juga dikenali sebagai Duans berkata, Pasar Malam 
Anjung Keli beroperasi pada setiap hari  Khamis selepas 
pukul 5.00 petang sehingga 10 .00 malam dengan 
mengadakan berbagai jenis jualan.
Antara keperluan yang boleh didapatidi pasar malam ini 
termasuk berbagai jenis makanan segera, sayur-sayuran, 
buah-buahan, ikan segar, ikan kering, rempah cabai, minuman 
dan pakaian.
Katanya, setiap peniaga hanya dikenakan bayaran RM5 untuk 
satu tapak atau ruang niaga di pasar malam berkenaan.





Thursday, December 5, 2013

12 Finalis Karaoke Gemilang Bistro



Kangar- Seramai 12 peserta berjaya melangkah ke pertandingan akhir 
karaoke anjuran Pusat Karaoke Gemilang Bistro dengan kerjasama 
Majlis Perbandaran Kangar (MPK) sempena Tahun Baru 2014.
Menurut Pengerusi Penganjur Pertandingan, Akbal Bakar, mereka ialah 
dikalangan 30 peserta yang terpilih pada saringan berlangsung secara 
berperingkat yang berakhir kelmarin.
“Mereka terdiri daripada Azreen Azhar menerusi Tiara dari album Keris Patih, 
Hafizan Musa dengan lagunya Aduh Saleha (Mawi), Nurul Farahdila Zakiyuddin 
mendendangkan Hadirlah Kasih  Hetty Koes Endang), Anuar Aris menyanyikan 
lagu Gering (Terra Rossa).

“Finalis berikutnya Syafawanie Ahmad dengan dendangan lagu 
Wajah (Jacklyn Victor), Rohaida Husin menyampaikan Menaruh 
Harapan (Zaiton Sameon),Nor Hazali Mohd. Hassan dengan persembahan 
lagu Usang dari album Rahim Maarof,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Akbal berkata peserta lain yang turut layak  ialah Johari Saidi yang menyanyikan 
Siapa Di Hati (Rahmat) Mohd. Iqbal Mohd. Fauzi dengan lagu Seniman Menangis
 (Jamal Abdillah), Nurul Nadiah menerusi lagu Puncak Kasih nyanyian Ziana Zain 
dan Siti Nur Wahida dengan lagunya Dendam Dalam Diam dari album Nora.

Para peserta akhir ini akan bertemu pada pusingan akhir sempena tahun baru 
2014  nanti bagi merebut hadiah wang tunai RM500 (Johan) RM300 ( Naib Johan) 
dan RM200 ditempat ketiga disamping tropi dan sijil penyertaan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis, Senator Mohd. Khalid Ahmad 
hadir menyampaikan hadiah kepada para pserta yang layak ke pusingan akhir 
pada saringan yang berlangsung kelmarin di Dataran Keris MPK di sini. 
Oleh : nanadiyana

Wednesday, December 4, 2013

12 Finalis Karaoke Gemilang Bistro

Kangar- Seramai 12 peserta berjaya melangkah ke pertandingan akhir 
karaoke anjuran Pusat Karaoke Gemilang Bistro dengan kerjasama 
Majlis Perbandaran Kangar (MPK) sempena Tahun Baru 2014.
Menurut Pengerusi Penganjur Pertandingan, Akbal Bakar, mereka ialah 
dikalangan 30 peserta yang terpilih pada saringan berlangsung secara 
berperingkat yang berakhir kelmarin.
“Mereka terdiri daripada Azreen Azhar menerusi Tiara dari album Keris Patih, 
Hafizan Musa dengan lagunya Aduh Saleha (Mawi), Nurul Farahdila Zakiyuddin 
mendendangkan Hadirlah Kasih  Hetty Koes Endang), Anuar Aris menyanyikan 
lagu Gering (Terra Rossa).

“Finalis berikutnya Syafawanie Ahmad dengan dendangan lagu 
Wajah (Jacklyn Victor), Rohaida Husin menyampaikan Menaruh 
Harapan (Zaiton Sameon),Nor Hazali Mohd. Hassan dengan persembahan 
lagu Usang dari album Rahim Maarof,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Akbal berkata peserta lain yang turut layak  ialah Johari Saidi yang menyanyikan 
Siapa Di Hati (Rahmat) Mohd. Iqbal Mohd. Fauzi dengan lagu Seniman Menangis
 (Jamal Abdillah), Nurul Nadiah menerusi lagu Puncak Kasih nyanyian Ziana Zain 
dan Siti Nur Wahida dengan lagunya Dendam Dalam Diam dari album Nora.

Para peserta akhir ini akan bertemu pada pusingan akhir sempena tahun baru 
2014  nanti bagi merebut hadiah wang tunai RM500 (Johan) RM300 ( Naib Johan) 
dan RM200 ditempat ketiga disamping tropi dan sijil penyertaan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis, Senator Mohd. Khalid Ahmad 
hadir menyampaikan hadiah kepada para pserta yang layak ke pusingan akhir 
pada saringan yang berlangsung kelmarin di Dataran Keris MPK di sini. 
Oleh : nanadiyana




Monday, December 2, 2013

AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG


ARAU (9 DISEMBER 2013) – Tajuk Forum Perdana  `Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’  
dari judul sebuah lagu paling diminati nyanyian artis kanak-kanak 
daripada Indonesia, Tegar menarik tumpuan 500 siswa dan siswi 
Kampus UiTM Cawangan Arau.
Forum yang berlangsung di Dataran Rancangan Perumahan 
Awam (RPA) Arau itu mengundang penceramah-penceramah 
terkemuka terdiri Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) Jabatan 
Agama Islam Kedah (JAIK), Sheikh Abdullah Awang Sa, KPP 
(Masjid) JAIK, Sheikh Yusof Haji Ahmad dan penceramah Radio 
Kedah FM, Sheikh Suhaimi Haji Salleh.
Forum Perdana anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 
Kampung (JKKK) Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau itu 
memilih tajuk lagu berkenaan kerana lagu tersebut begitu popular
 dan diminati ramai ketika ini.
Hadir sama di majlis forum itu ialah Setiausaha Politik kepada 
Menteri Besar Perlis yang juga Pengerusi Komuniti Rukun 
Tetangga (KRT) RPA Arau, Senator Mohd. Khalid Ahmad, Pengarah 
Penerangan Perlis, Ahmad Lokman Mahmud dan Pengerusi 
JKKK RPA Arau, Taharin Nayan. 
Selain dapat menimba ilmu yang menuntut kepada perubahan 
diri yang lebih baik sebagai seorang individu Islam para siswa dan 
siswi UiTM berpeluang menerima hadiah dengan membwerikan 
jawapan yang betul bagi beberapa soalan kuiz yang dikemukakan 
penceramah undangan forum tersebut. Oleh : nanadiyana






BERKHATAN DITAKUTI KANAK-KANAK ZAMAN DULU


KANGAR: Majlis Berkhatan Perdana anjuran bersama Kerajaan Negeri, 
Pejabat Menteri Besar dan Jabatan Kebudyaan dan 
Kesenian Negara (JKKN) Negeri dengan kerjasama Jabatan Bomba 
dan Penyelamat Perlis serta Jabatan Kesihatan Perlis berjalan lancar. 
Menteri Besar yang berada di Ibu Negara kerana tugasan penting 
bersama kepimpinan utama Negara diwakili Exco Agama Islam 
Negeri, Tuan Khairi Hasan menyempurnakan majlis tersebut 
yang berlangsung di Dewan 2020, Wawasan, Seriab,  di sini.
Khatan beramai-ramai disempurnakan oleh doktor dan kakitangan 
perubatan Pejabat Kesihatan Negeri Perlis.
Khairi berkata, di zaman beliau kanak-kanak dahulu berkhatan 
atau disebut juga  `masuk jawi’ amat ditakuti oleh kanak-kanak 
di masa itu. 
Menurut Khairi, berkhatan atau bersunat di zaman kanak-kanaknya 
dahulu menggunakan khidmat `tok mudim’  iaitu juru 
khatan yang memiliki personaliti digeruni kanak-kanak.
Kata Khairi, biasanya `tok mudim’  bermisai melintang 
memakai seluar penthalon bersampin kain pelikat berkayuh 
basikal ke rumah keluarga yang mahu mengkatan kanak-kanak.
Tegasnya, pada masa ini kaedah moden menjadi pilihan ibu 
bapa iaitu perkhidmatan doktor hospital atau klinik termasuk 
penganjuran berkhatan secara beramai-ramai seperti khatan 
perdana yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
Pada majlis khatan perdana anjuran Kerajaan Negeri ini kanak-kanak
 terbabit diarak mengilingi Dewan 2020 menaiki kenderaan 
khas Taman Ular dan Reptelia, Sungai Batu Pahat sebelum 
disiram air disediakan Pasukan Bomba dan Penyelamat Perlis.

Hadir sama meraikan kanak-kanak pada khatan Perdana itu 
termasuk Exco-exco Kerajaan Negeri, Japfferi Othman, Sabry Ahmad, 
Mat Hasan, Setiausaha Politik Menteri Besar, 
Senator Mohd. Khalid Ahmad, Pengarah JKKN Negeri, 
Pengarah Kasihatan Negeri dan Pengaah Kebajikan 
Masyarakat Negeri Perlis, Abdullah Ali. Oleh : Khairul Nazril