KANGAR, 11 Disember –Sebatang jalan ban di kawasan Kemajuan Pertanian Muda
(MADA) yang bersambung dengan bahu jalan di sebelah
kiri jalan Persiaran Wawasan ke Seriab rosak teruk.
Jalan ban tersebut juga merupakan jalan pintas daripada
Dataran Rindu Alam di Persiaran Wawasan ke Titi Chai,
Utan Aji kini runtuh serta berlopak besar serta membahayakan
pengguna.
Telah terdapat beberapa kemalangan terutama melibatkan
penunggang motosikal yang melalui jalan ban MADA itu
terutama pada waktu malam.
Jalan ban MADA itu juga memberi masalah apabila dua
kenderaan bertembung ketika berselisih di mana jika tidak
berhati-hati boleh menyebabkan berlaku kemalangan.
Orang ramai terutama para penunggang motosikal yang
sering menggunakan jalan ban MADA itu setiap masa meminta
pihak berkuasa berkenaan memberi perhatian sewajarnya
berhubung masalah ini sebelum berlaku kejadian lebih buruk.
Oleh : nanaDiyana
No comments:
Post a Comment