Monday, December 2, 2013

BERKHATAN DITAKUTI KANAK-KANAK ZAMAN DULU


KANGAR: Majlis Berkhatan Perdana anjuran bersama Kerajaan Negeri, 
Pejabat Menteri Besar dan Jabatan Kebudyaan dan 
Kesenian Negara (JKKN) Negeri dengan kerjasama Jabatan Bomba 
dan Penyelamat Perlis serta Jabatan Kesihatan Perlis berjalan lancar. 
Menteri Besar yang berada di Ibu Negara kerana tugasan penting 
bersama kepimpinan utama Negara diwakili Exco Agama Islam 
Negeri, Tuan Khairi Hasan menyempurnakan majlis tersebut 
yang berlangsung di Dewan 2020, Wawasan, Seriab,  di sini.
Khatan beramai-ramai disempurnakan oleh doktor dan kakitangan 
perubatan Pejabat Kesihatan Negeri Perlis.
Khairi berkata, di zaman beliau kanak-kanak dahulu berkhatan 
atau disebut juga  `masuk jawi’ amat ditakuti oleh kanak-kanak 
di masa itu. 
Menurut Khairi, berkhatan atau bersunat di zaman kanak-kanaknya 
dahulu menggunakan khidmat `tok mudim’  iaitu juru 
khatan yang memiliki personaliti digeruni kanak-kanak.
Kata Khairi, biasanya `tok mudim’  bermisai melintang 
memakai seluar penthalon bersampin kain pelikat berkayuh 
basikal ke rumah keluarga yang mahu mengkatan kanak-kanak.
Tegasnya, pada masa ini kaedah moden menjadi pilihan ibu 
bapa iaitu perkhidmatan doktor hospital atau klinik termasuk 
penganjuran berkhatan secara beramai-ramai seperti khatan 
perdana yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
Pada majlis khatan perdana anjuran Kerajaan Negeri ini kanak-kanak
 terbabit diarak mengilingi Dewan 2020 menaiki kenderaan 
khas Taman Ular dan Reptelia, Sungai Batu Pahat sebelum 
disiram air disediakan Pasukan Bomba dan Penyelamat Perlis.

Hadir sama meraikan kanak-kanak pada khatan Perdana itu 
termasuk Exco-exco Kerajaan Negeri, Japfferi Othman, Sabry Ahmad, 
Mat Hasan, Setiausaha Politik Menteri Besar, 
Senator Mohd. Khalid Ahmad, Pengarah JKKN Negeri, 
Pengarah Kasihatan Negeri dan Pengaah Kebajikan 
Masyarakat Negeri Perlis, Abdullah Ali. Oleh : Khairul Nazril











No comments:

Post a Comment