Mohd Naaim Ismail @ Duans Setiausaha PPPMPs |
KANGAR (6 Disember 2013) : Pasar Malam Anjung Keli di Jalan
Padang Behor yang mula beroperasi pada hari Khamis,
5 Disember 2013 merupakan alternatif kepada penduduk
di sekitar Kangar untuk membeli keperluan semasa termasuk
berbagai makanan.
Menurut Setiausaha Persatuan Penjaja Pasar Malam Perlis
(PPPMPs) yang menganjurkan pasar malam dinamakan
Pasar Malam Anjung Keli ini, Mohd. Naaim Ismail, kira-kira 100 peserta berniaga di lokasi baru ini.
Beliau yang juga dikenali sebagai Duans berkata, Pasar Malam
Anjung Keli beroperasi pada setiap hari Khamis selepas
pukul 5.00 petang sehingga 10 .00 malam dengan
mengadakan berbagai jenis jualan.
Antara keperluan yang boleh didapatidi pasar malam ini
termasuk berbagai jenis makanan segera, sayur-sayuran,
buah-buahan, ikan segar, ikan kering, rempah cabai, minuman
dan pakaian.
Katanya, setiap peniaga hanya dikenakan bayaran RM5 untuk
satu tapak atau ruang niaga di pasar malam berkenaan.
No comments:
Post a Comment