karaoke anjuran Pusat Karaoke Gemilang Bistro dengan kerjasama
Majlis Perbandaran Kangar (MPK) sempena Tahun Baru 2014.
Menurut Pengerusi Penganjur Pertandingan, Akbal Bakar, mereka ialah
dikalangan 30 peserta yang terpilih pada saringan berlangsung secara
berperingkat yang berakhir kelmarin.
“Mereka terdiri daripada Azreen Azhar menerusi Tiara dari album Keris Patih,
Hafizan Musa dengan lagunya Aduh Saleha (Mawi), Nurul Farahdila Zakiyuddin
mendendangkan Hadirlah Kasih Hetty Koes Endang), Anuar Aris menyanyikan
lagu Gering (Terra Rossa).
“Finalis berikutnya Syafawanie Ahmad dengan dendangan lagu
Wajah (Jacklyn Victor), Rohaida Husin menyampaikan Menaruh
Harapan (Zaiton Sameon),Nor Hazali Mohd. Hassan dengan persembahan
lagu Usang dari album Rahim Maarof,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Akbal berkata peserta lain yang turut layak ialah Johari Saidi yang menyanyikan
Siapa Di Hati (Rahmat) Mohd. Iqbal Mohd. Fauzi dengan lagu Seniman Menangis
(Jamal Abdillah), Nurul Nadiah menerusi lagu Puncak Kasih nyanyian Ziana Zain
dan Siti Nur Wahida dengan lagunya Dendam Dalam Diam dari album Nora.
Para peserta akhir ini akan bertemu pada pusingan akhir sempena tahun baru
2014 nanti bagi merebut hadiah wang tunai RM500 (Johan) RM300 ( Naib Johan)
dan RM200 ditempat ketiga disamping tropi dan sijil penyertaan.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis, Senator Mohd. Khalid Ahmad
hadir menyampaikan hadiah kepada para pserta yang layak ke pusingan akhir
pada saringan yang berlangsung kelmarin di Dataran Keris MPK di sini.
Oleh : nanadiyana
No comments:
Post a Comment