dalam suasana meriah walaupun perayaan masyarakat Hindu itu
sudah lebih sebulan berlalu.
MIC Perlis dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar mengambil
daya usaha menganjurkan rumah terbuka yang beberapa kali
tertangguh.
Lebih penting, sambutan rumah terbuka ini tetap diadakan
kerana kerajaan Barisan Nasional negeri Perlis dibawah kepimpinan
Menteri Besar,Tuan Azlan Man sentiasa memberi keutamaan
kepada kesejahteraan rakyat serta keharmonian kaum di negeri ini.
Menteri Besar yang mempunyai tugas penting di Putrajaya
bersama kepimpinan utama Negara diwakili Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) kawasan Titi Tinggi, Khaw Hock Kong ke majlis itu.
Sambutan rumah terbuka Deepavali itu turut diserikan dengan
persembahan hiburan oleh penghibur-penghibur tempatan
dari Perlis dan Kedah.
Turut hadir ialah Pengerusi MIC Perlis, S. Vengadasamy,
Rektor UITM Perlis, Datuk Prof. Dr. Ahmad Redzuan dan
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Abdullah Ali.
Oleh : nanadiyana
Oleh : nanadiyana
No comments:
Post a Comment