ARAU (9 DISEMBER 2013) – Tajuk Forum Perdana `Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’
dari judul sebuah lagu paling diminati nyanyian artis kanak-kanak
daripada Indonesia, Tegar menarik tumpuan 500 siswa dan siswi
Kampus UiTM Cawangan Arau.
Forum yang berlangsung di Dataran Rancangan Perumahan
Awam (RPA) Arau itu mengundang penceramah-penceramah
terkemuka terdiri Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) Jabatan
Agama Islam Kedah (JAIK), Sheikh Abdullah Awang Sa, KPP
(Masjid) JAIK, Sheikh Yusof Haji Ahmad dan penceramah Radio
Kedah FM, Sheikh Suhaimi Haji Salleh.
Forum Perdana anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung (JKKK) Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau itu
memilih tajuk lagu berkenaan kerana lagu tersebut begitu popular
dan diminati ramai ketika ini.
Hadir sama di majlis forum itu ialah Setiausaha Politik kepada
Menteri Besar Perlis yang juga Pengerusi Komuniti Rukun
Tetangga (KRT) RPA Arau, Senator Mohd. Khalid Ahmad, Pengarah
Penerangan Perlis, Ahmad Lokman Mahmud dan Pengerusi
JKKK RPA Arau, Taharin Nayan.
Selain dapat menimba ilmu yang menuntut kepada perubahan
diri yang lebih baik sebagai seorang individu Islam para siswa dan
siswi UiTM berpeluang menerima hadiah dengan membwerikan
jawapan yang betul bagi beberapa soalan kuiz yang dikemukakan
penceramah undangan forum tersebut. Oleh : nanadiyana
No comments:
Post a Comment