Tuesday, January 28, 2014

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA OLEH JKJR SEMPENA TAHUN BARU CINA

Setiausaha Politik Menteri Besar, YB Senator Mohd Khalid Ahmad memasang sticker
pemantul cahaya di salah sebuah motosikal pengguna jalan raya.


Memberi sedikit cenderahati


Setiausaha Politik MB membantu salah seorang pengguna jalan raya memakai jaket
keselamatan

Monday, January 27, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEK. KEB. SENA 2014

OLEH SETIAUSAHA POLITIK MENTERI BESAR PERLIS,
YB SENATOR MOHD KHALID AHMAD
27 JAN 2014





Thursday, January 23, 2014

MB NASIHAT MUSNAHKAN POKOK KETUM


SANGLANG, 23 Januari – Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man kecewa sikap segelintir penduduk 
di negeri  ini yang giat menanam pokok ketum sebagai pendapatan sampingan disebalik untuk 
tujuan perubatan.
Menurut beliau, tidak seperti di zaman orang tua-tua dahulu ketum atau dikenali juga sebagai pokok 
biak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit tertentu dengan meminum air daripada daun berkenaan.
“ Saya difahamkan air daun biak atau ketum mujarab untuk merawat kanak-kanak yang dihinggapi cacing dalam perut,” katanya ditemui selepas melawat rumah beberapa 
penduduk yang memerlukan bantuan di kampung Jawi Seratus, Sungai Padang di kawasan 
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, semalam.  
Azlan menaiki motosikal bersama penduduk untuk meninjau sendiri rumah kediaman penduduk 
terbabit dan bertemu ketua keluarga terbabit bagi mendekati masalah sebenar yang mereka hadapi 
berhubung keadaan rumah masing-masing.
Beliau juga turut dimaklumkan oleh pihak Baitulmal Negeri Perlis bahawa terdapat sebanyak 11 
keluarga di kampung tersebut memohon untuk dibaik pulih 
rumah mereka disamping tiga buah rumah dibina baru.
Turut sama ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad, Pegawai Baitulmal 
kawasan Parlimen Arau, Mohamad Radzi, Pegawai Khas (Kebajikan ) Menteri Besar, Ariff Asmadi 
Ariffin dan Ketua UMNO Cawangan Jawi Seratus, Rasul Raahimi.
Bagaimanapun, Menteri Besar Perlis agak terkejut apabila mendapati  di sekeliling salah sebuah 
rumah penduduk di kampung yang dilawatinya semalam terdapat pokok-pokok ketum yang ditanam  sebagai sumber `pendapatan’ tambahan .
Tegas Azlan, beliau tidak mahu Perlis nanti terkenal sebagai negeri `pengeksport’ ketum berikutan 
sudah terdapat banyak laporan berita di media cetak dan media elektronik mengenai aktiviti peryeludupan
 daun ketum di kawasan bersempadan Perlis dengan wilayah selatan Thailand.
Beliau menegaskan, aktiviti penyeludupan ketum ini berleluasa kerana daun ketum mendapat pasaran
 tinggi di Negara jiran Thailand walaupun Negara tersebut mengharamkannya.  
 Beliau diberitahu salah seorang penduduk bahawa pokok-pokok ketum itu milik seorang penduduk yang kini sudah berpindah ke Kuala Lumpur.
Sehubungan dengan itu, Azlan menasihati penduduk di negeri ini terutama di kawasan luar bandar 
supaya tidak menjadikan tanaman ketum atau biak sebagai sumber pendapatan keluarga masing-masing kerana air ketum yang telah dicampur-aduk dengan bahan-bahan lain termasuk serbuk mentol lampu atau ubat nyamuk merbahaya kepada mereka yang 
meminumnya.
“ Sebagai orang Islam kita tidak wajar meminum air ketum atau biak yang telahpun diharamkan di 
negeri ini kerana lebih kearah keburukan dan menjejaskan kehidupan mereka yang mengamalkan
 sampai ke tahap menjadi ketagih,’’ ujarnya.
Katanya, masih banyak lagi cara lain untuk menambah pendapatan keluarga di sebalik penanaman 
pokok ketum seperti mengusahakan tanaman sayur-sayuran di tanah terbiar di sekeliling rumah untuk dijual selain keperluan keluarga sendiri.
Oleh : Khairul Nazril




Wednesday, January 22, 2014

MASJID BUKAN UNTUK SOLAT SEMATA-MATA

KANGAR (Januari 2014): Jawatan Kuasa Kariah Masjid Saidina 
Umar AlKhatab membuktikan kepada umum bahawa masjid 
bukan semata-mata tempat mengerjakan solat.
Sebaliknya masjid juga sesuai sebagai pusat mengadakan berbagai 
aktiviti kemasyarakatan yang tidak bertentangan atau bercanggah 
dengan Islam.  
Sebagai contoh, kawasan perkarangan masjid boleh dijadikan 
lokasi mengadakan sebarang aktiviti riadah atau rekreasi untuk 
perpaduan ummah.
Hakikat ini begitu jelas dan menjadi satu kenyataan apabila 
Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Omar Al Khatab, 
Guar Syed Alwi yang dipengerusikan imamnya, Haji Kamaruddin 
Nopiah menganjurkan program sehari bersama masyarakat.
Kemuncak program sehari anjuran bersama Jawatankuasa 
kariah masjid berkenaan dengan kerjasama Komuniti 
Rukun Tetangga (KRT) Jawatankuasa Keselamatan dan 
Kemajuan Kampung (JKKK) Guar Syed Alwi dan Pejabat 
Kesihatan Perlis merupakan Larian Kesihatan.
Larian sejauh lima kilometer ini disertai oleh semua lapisan 
usia daripada kariah masjid berkaitan.
Selain acara larian pihak penganjur turut mengadakan aneka 
gerai jualan termasuk makanan, pakaian dan lain-lain disamping pemeriksaan kesihatan.
Menteri Besar, Tuan Azlan Man, Exco Kerajaan Negeri, 
Khairi Hassan, Ahli Parlimen Kangar, Ir Shaharuddin Ismail, 
Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd Khalid Ahmad, 
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) 
Abdul Malik Hussin, Pegawai Kesihatan Perlis, Dr. Azmi Ahmad, 
Pengerusi JKKK Guar Syed Alwi, Abdul Karim Pin turut sama 
pada program itu.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan 
Konsert Islam yang diserikan dengan nyanyian lagu irama nasyid 
oleh kumpulan As-Sajjad pimpinan Mohd. ‘Atori Kamaruddin
End. Oleh : NanaDiyana








Monday, January 13, 2014

PESTA ANGIN TIMUR

PEMINAT WAU BERPESTA ANGIN TIMUR
KANGAR, 13 Disember --  Angin timur yang disebut juga  `winter wind’ yang sedang bermusim sekarang dimanfaatkan oleh para peminat wau atau layang-layang mengadakan aktiviti rekreasi berkaitan .
Kawasan lapang tapak projek pembinaan di Jalan Raja Syed Alwi di sini menjadi lokasi para peminat terbabit bagi melangsungkan aktiviti melayang atau`melambung’ wau.
Inisiatif sekumpulan peminat permainan tersebut diketuai Syed Nur Faizal Syed Mohd. Naser, 33 memulakan aktiviti berkenaan sejak sebulan yang lalu mendapat sambutan menggalakkan.
Menurut Syed Nur Faizal dari Sungai Batu Pahat, Bintong, bermula dengan hanya empat atau lima orang kini kira-kira 100 peminat berbagai peringkat usia berkumpul setiap petang di kawasan lapang itu bermain laying-layang.
Beliau berkata, ibu bapa juga tidak ketinggalan membawa anak masing-masing bersama wau atau layang-layang berbagai bentuk dan saiz untuk bermain sambil beriadah.
Beliau sendiri dan rakan-rakan yang lain dari kumpulan yang mengnjurkan aktiviti rekreasi ini  memperlihatkan wau atau layang-layang wau raksaksa berbentuk sotong, udang, beruang dan ikan paus bagi memeriahkan aktiviti yang bermula dari jam 4.00 petang hingga 7.00 petang itu.
“ Kami juga menyediakan gula-gula `peracut’ yang ditabur dari udara menggunakan wau untuk kanak-kanak direbut oleh kanak-kanak yang datang bermain pada setiap petang Ahad memeriahkan sausana“, katanya ditemui di kawasan permainan wau tersebut.
Katanya, lebih menarik lagi bukan sahaja peminat wau tempatan malah ramai juga yang datang dari Kedah dan Pulau Pinang bagi menyertai kegiatan `melambung’ wau ini kerana menurut mereka musim angin timur hanya terdapat di Perlis.
Pada masa sama terdapat peminat layang-layang daripada Iran, German dan Australia yang kebetulan melawat Perlis turut menyertai aktiviti rekreasi ini.    
Sementara itu beberapa penduduk tempatan turut mengkagumi aktiviti ini yang dianggap amat menarik nahgi mengisi masa lapang terutama pada waktu petang.
Seorang suri rumah, Tan Eng Eng, 40 menganggap ianya umpama pesta musim angin timur di mana beliau turut membawa anak lelakinya bermain sama-sama kanak-kanak lain.
Bagi dua pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Lim Gim Pao, 26 dan Ong Hui Yen, 25  serta rakan mereka Lim Lee Ping, 27 yang berkerja disebuah pharmasi di sini, suasana musim angin timur atau `winter wind’ di Perlis begitu unik lebih-lebih lagi diisikan dengan aktiviti permainan wau.
Kesempatan ini turut dimanfaatkan oleh seorang peniaga, Mohd. Zabidi Zain, 42 untuk menjual layang-layang di lokasi permainan tersebut setiap petang.
Kata Mohd. Zabidi, memang kena pada ketikanya apabila musim angin timur yang hanya berlaku di negeri Perlis antara Disember hingga Mac setiap tahun diisikan dengan aktiviti riadah seperti permainan wau atau layang-layang. @END.












Monday, January 6, 2014

POLIS BERKAS AH LONG

Kangar:  Kegiatan ceti haram atau Ah Long yang berselindung di sebalik perniagaan kedai basikal dan kafe siber di sebuah taman perumahan di Kangar berjaya dibongkar apabila pihak Polis berjaya menahan seorang lelaki berbangsa Cina berusia lewat 30-an dalam satu serbuan di sini Jumaat lalu.

   Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Zull Aznam Haron dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Perlis berkata, tangkapan itu adalah hasil maklumat awam.
   "Pihak Polis melalui Ops Cantas Khas (Ops Vulture) yang mensasarkan pembanterasan pemberi pinjaman wang haram di Perlis berjaya menahan seorang lelaki pada 3 Januari 2014 pada jam 10.30 pagi dipercayai menjalankan kegiatan sebagai Ah Long sejak lima tahun yang lalu."

   "Turut dirampas adalah beberapa dokumen dan peralatan yang boleh dikaitkan dengan kegiatan Ah Long melibatkan 80 orang peminjam aktif terdiri daripada orang persendirian dan juga peniaga kecil tidak kurang juga kakitangan awam, terutamanya individu yang telah disenarai hitam oleh institusi kewangan seperti bank." 

   "Kebanyakan urusniaga dijalankan di lokasi rumah suspek dan juga di dalam kenderaan. Menurut siasatan, didapati majoriti peminjam merupakan wanita dan lebih 90 peratus di kalangan peminjam adalah Melayu"
   
   "Sebahagian besar peminjam merupakan penduduk di sekitar Perlis terutamanya di Kangar, selain peniaga yang berada di sempadan Kedah/Perlis dan membayar balik pinjaman mereka secara tunai di rumah suspek selain ada yang membuat pembayaran secara memasukkan wang ke dalam akaun bank suspek."

   Menurutnya, setiap peminjam akan mengisi beberapa borang seperti borang maklumat diri, kad jadual bayaran pinjaman, termasuk menandatangani borang bertajuk I.O.U. berkemungkinan bermaksud "I Owe You" (saya berhutang kamu) tanpa mengisi maklumat maklumat lain termasuk nilai yang dipinjam dan dikepilkan bersama salinan kad pengenalan dan juga gambar peminjam yang dirakam di lokasi di mana transaksi peminjaman antara suspek dan peminjam dijalankan.
   Menurut siasatan, terdapat peminjam yang mendapat pinjaman serendah RM200 sehingga RM10,000 dan sebahagian daripada mereka membayar balik secara harian serendah RM60.00 dengan kadar faedah sebanyak 20 peratus daripada nilai yang dipinjam.

   Tambahnya, suspek telah ditahan reman sejak ditangkap pada 3 Januari 2014 dan perintah reman akan berakhir pada 7 Januari 2014 dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951 (Pindaan 2011) jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 sehingga RM1,000,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan sebatan jika berjaya didakwa buat kali kedua.

   Beliau turut mengesahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersial Perlis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah menjalankan operasi bersama iaitu Ops Cantas Khas Vulture (Along) di dalam bandar Kangar pada 23 Disember 2013 dan menurunkan sebanyak 651 poster perkhidmatan Ah Long di seluruh negeri Perlis telah diturunkan sepanjang tahun 2013.

End...




KARNIVAL IMT – GT PERLIS 2013

KANGAR, 6 Januari – Karnival IMT – GT Perlis 2013 yang berakhir malam tadi menyaksikan salah seorang penjinak ular, Mohd. Hafiz Azizan digigit ular ketika beliau sedang mengadakan pertunjukkan bermain ular di hadapan penonton.
Bagaimanapun gigitan ular pontin separa bias itu tidak memberikan sebarang kesan kepada Mohd. Hafiz yang memiliki ketahanan ‘anty body ‘ yang mampu melawan bisa ular.
Mohd. Hafiz Azizan, 27 dan adik iparnya, Mohd. Hafiz Alias, 24 memperlihatkan kehebatan mereka bermain  dengan ular-ular berbisa seperti tedung senduk, tedung selar dan ular pontin sempena malam penutup Karnival IMT-GT Perlis 2013 malam tadi.
Karnival IMT –GT Perlis 2013 bermula 27 Disember 2013 dan berakhir pada 5 Januari 2014, malam tadi.
Malam akhir carnival tersebut juga diserikan dengan persembahan juara tomoi kanak-kanak Daerah Sadao, Et Ked, 12 an Mat Nur Chui, 13 oleh peserta-peserta dari Sadao (Thailand) dan pertunjukan teh tarik istimewa oleh Harit Ismaei, 22 dari Yala, Selatan Tjailand.
Persembahan malam akhir carnival diiringi oleh kugiran Sinaran Suria pimpinan Rahman Salleh juga pemain drum, Wan Sanusi Wan Yahaya (gitar utama), Asmadi Othman,(gitar irama), Amri Ismail (gitar rentak), Johari Salleh (Keybod) dan Yaakob Kamis (percussion) bersama tiga pemnyanyi irigan terdiri Norfadila Nasir, Faizal Kamaruddin dan Hanim Abdul Ghani.

End.     










   

Friday, January 3, 2014

110 Pelajar Sekolah Menengah Dan Rendah Terima Bantuan

KANGAR (3 Januari 2014): Para pelajar perlu membuktikan bahawa mereka boleh mengubah kehidupan keluarga menerusi limu pelajaran.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Senator Mohd. Khalid Ahmad, hanya dengan ilmu pelajaran para pelajar dapat merobah kehidupan masing-masing apabila tamat zaman persekolah kelak.
“ Pastikan setiap pelajar menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat university,” katanya pada majlis penyampaian bantuan persekolahan sumbangan kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Beliau meminta para pelajar supaya tidak sia-siakan setiap peluang yang diperolehi daripada kerajaan termasuk menerusi skim-skim bantuan yang dikhususkan kepada mereka.
Tegas Mohd. Khalid, pelajar yang berada di negeri-negeri dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebenarnya sangat bernasib baik kerana mereka sering dibantu sebaliknya di negeri seperti Kelantan yang diterajui parti pembangkang ibu bapa membelanjakan wang sendiri sebanyak RM150 setiap bulan untuk membiayai tuisyen anak-anak mereka.
Katanya, para pelajar juga perlu belajar lebih gigih untuk mencapai tahap kelulusan memuaskan yang sekali gus membantu meningkatkan prestasi sekolah mereka dalam keputusan pepereksaan.

End.