Friday, January 3, 2014

110 Pelajar Sekolah Menengah Dan Rendah Terima Bantuan

KANGAR (3 Januari 2014): Para pelajar perlu membuktikan bahawa mereka boleh mengubah kehidupan keluarga menerusi limu pelajaran.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Senator Mohd. Khalid Ahmad, hanya dengan ilmu pelajaran para pelajar dapat merobah kehidupan masing-masing apabila tamat zaman persekolah kelak.
“ Pastikan setiap pelajar menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat university,” katanya pada majlis penyampaian bantuan persekolahan sumbangan kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.
Beliau meminta para pelajar supaya tidak sia-siakan setiap peluang yang diperolehi daripada kerajaan termasuk menerusi skim-skim bantuan yang dikhususkan kepada mereka.
Tegas Mohd. Khalid, pelajar yang berada di negeri-negeri dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebenarnya sangat bernasib baik kerana mereka sering dibantu sebaliknya di negeri seperti Kelantan yang diterajui parti pembangkang ibu bapa membelanjakan wang sendiri sebanyak RM150 setiap bulan untuk membiayai tuisyen anak-anak mereka.
Katanya, para pelajar juga perlu belajar lebih gigih untuk mencapai tahap kelulusan memuaskan yang sekali gus membantu meningkatkan prestasi sekolah mereka dalam keputusan pepereksaan.

End.                       







No comments:

Post a Comment