KANGAR, 6
Januari – Karnival IMT – GT Perlis 2013 yang berakhir malam tadi menyaksikan
salah seorang penjinak ular, Mohd. Hafiz Azizan digigit ular ketika beliau
sedang mengadakan pertunjukkan bermain ular di hadapan penonton.
Bagaimanapun
gigitan ular pontin separa bias itu tidak memberikan sebarang kesan kepada
Mohd. Hafiz yang memiliki ketahanan ‘anty body ‘ yang mampu melawan bisa ular.
Mohd. Hafiz
Azizan, 27 dan adik iparnya, Mohd. Hafiz Alias, 24 memperlihatkan kehebatan mereka
bermain dengan ular-ular berbisa seperti
tedung senduk, tedung selar dan ular pontin sempena malam penutup Karnival
IMT-GT Perlis 2013 malam tadi.
Karnival IMT
–GT Perlis 2013 bermula 27 Disember 2013 dan berakhir pada 5 Januari 2014,
malam tadi.
Malam akhir
carnival tersebut juga diserikan dengan persembahan juara tomoi kanak-kanak
Daerah Sadao, Et Ked, 12 an Mat Nur Chui, 13 oleh peserta-peserta dari Sadao
(Thailand) dan pertunjukan teh tarik istimewa oleh Harit Ismaei, 22 dari Yala,
Selatan Tjailand.
Persembahan
malam akhir carnival diiringi oleh kugiran Sinaran Suria pimpinan Rahman Salleh
juga pemain drum, Wan Sanusi Wan Yahaya (gitar utama), Asmadi Othman,(gitar
irama), Amri Ismail (gitar rentak), Johari Salleh (Keybod) dan Yaakob Kamis (percussion)
bersama tiga pemnyanyi irigan terdiri Norfadila Nasir, Faizal Kamaruddin dan
Hanim Abdul Ghani.
End.
No comments:
Post a Comment