Monday, January 13, 2014

PESTA ANGIN TIMUR

PEMINAT WAU BERPESTA ANGIN TIMUR
KANGAR, 13 Disember --  Angin timur yang disebut juga  `winter wind’ yang sedang bermusim sekarang dimanfaatkan oleh para peminat wau atau layang-layang mengadakan aktiviti rekreasi berkaitan .
Kawasan lapang tapak projek pembinaan di Jalan Raja Syed Alwi di sini menjadi lokasi para peminat terbabit bagi melangsungkan aktiviti melayang atau`melambung’ wau.
Inisiatif sekumpulan peminat permainan tersebut diketuai Syed Nur Faizal Syed Mohd. Naser, 33 memulakan aktiviti berkenaan sejak sebulan yang lalu mendapat sambutan menggalakkan.
Menurut Syed Nur Faizal dari Sungai Batu Pahat, Bintong, bermula dengan hanya empat atau lima orang kini kira-kira 100 peminat berbagai peringkat usia berkumpul setiap petang di kawasan lapang itu bermain laying-layang.
Beliau berkata, ibu bapa juga tidak ketinggalan membawa anak masing-masing bersama wau atau layang-layang berbagai bentuk dan saiz untuk bermain sambil beriadah.
Beliau sendiri dan rakan-rakan yang lain dari kumpulan yang mengnjurkan aktiviti rekreasi ini  memperlihatkan wau atau layang-layang wau raksaksa berbentuk sotong, udang, beruang dan ikan paus bagi memeriahkan aktiviti yang bermula dari jam 4.00 petang hingga 7.00 petang itu.
“ Kami juga menyediakan gula-gula `peracut’ yang ditabur dari udara menggunakan wau untuk kanak-kanak direbut oleh kanak-kanak yang datang bermain pada setiap petang Ahad memeriahkan sausana“, katanya ditemui di kawasan permainan wau tersebut.
Katanya, lebih menarik lagi bukan sahaja peminat wau tempatan malah ramai juga yang datang dari Kedah dan Pulau Pinang bagi menyertai kegiatan `melambung’ wau ini kerana menurut mereka musim angin timur hanya terdapat di Perlis.
Pada masa sama terdapat peminat layang-layang daripada Iran, German dan Australia yang kebetulan melawat Perlis turut menyertai aktiviti rekreasi ini.    
Sementara itu beberapa penduduk tempatan turut mengkagumi aktiviti ini yang dianggap amat menarik nahgi mengisi masa lapang terutama pada waktu petang.
Seorang suri rumah, Tan Eng Eng, 40 menganggap ianya umpama pesta musim angin timur di mana beliau turut membawa anak lelakinya bermain sama-sama kanak-kanak lain.
Bagi dua pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Lim Gim Pao, 26 dan Ong Hui Yen, 25  serta rakan mereka Lim Lee Ping, 27 yang berkerja disebuah pharmasi di sini, suasana musim angin timur atau `winter wind’ di Perlis begitu unik lebih-lebih lagi diisikan dengan aktiviti permainan wau.
Kesempatan ini turut dimanfaatkan oleh seorang peniaga, Mohd. Zabidi Zain, 42 untuk menjual layang-layang di lokasi permainan tersebut setiap petang.
Kata Mohd. Zabidi, memang kena pada ketikanya apabila musim angin timur yang hanya berlaku di negeri Perlis antara Disember hingga Mac setiap tahun diisikan dengan aktiviti riadah seperti permainan wau atau layang-layang. @END.












No comments:

Post a Comment