Wednesday, January 1, 2014

Pertandingan Lagu P. Ramlee Tutup Tirai 2013

KANGAR: Pertandingan karaoke lagu P. Ramlee/Saloma 2013 anjuran Persatuan Peminat P. Ramlee Negeri Perlis (PPRPs) yang menyaksikankan pasangan  Mohd. Hafedz Halim dan Syamsyuhaida Adha muncul sebagai Juara menutup tirai 2013.
Mohd. Hafedz merupakan juara pertandingan lagu Pop 60an Loghat Utara Peringkat Negeri Perlis 2012 anjuran RTM Perlis.
Pada pertandingan ini  Mohd. Hafedz dan Syamsyuhaida mendendangkan lagu Telaga Biru berjaya mengatasi tujuh pasangan lain pada pertandingan tersebut bagi merankul hadiah wang tunai RM500 dan penginapan satu malam di Hotel Brasmana Kuala Perlis.
Pertandingan anjuran bersama PPRPs dan Jabatan Penerangan Negeri (JPN) Perlis itu berlangsung di dataran makanan River Front Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di sini semalam.
Majlis perasmian dpertandingan itu disempurnakan oleh Pengarah JPN Perlis, Mohamed Lokman Mahmud. Turut hadir Pengerusi PPRPs, Ghazali Johari.
Naib Johan pertandingan ini disandang oleh pasangan Ariff Sabu dan Raphidah Sabudin menerusi dendangan lagu Di Mana Suara Suara Burung Kenari yang memenangi wang tunai RM300 serta hamper.
Pemenang tempat ketiga ialah pasangan Othman Mat dan Lamtaarif Mahmud yang menerima wang tunai RM200 bersama hamper.
Seramai lapan daripada 13 pasangan terpilih bagi menyertai  pertandingan peringkat akhir.
Tiga panel juri terdiri daripada pemuzik Jalaluddin Kamaruddin (ketua), pencipta lagu Rozain Ismail dan Harun Ahmad mengadili peserta di pertandingan nyanyian ini.
@END

 
Para juri pertandingan pada malam itu

Pemenang tempat ketiga

Naib Johan pertandingan
Johan pertandingan lagu P.Ramlee/Saloma Perlis 2013

 

No comments:

Post a Comment