Wednesday, January 22, 2014

MASJID BUKAN UNTUK SOLAT SEMATA-MATA

KANGAR (Januari 2014): Jawatan Kuasa Kariah Masjid Saidina 
Umar AlKhatab membuktikan kepada umum bahawa masjid 
bukan semata-mata tempat mengerjakan solat.
Sebaliknya masjid juga sesuai sebagai pusat mengadakan berbagai 
aktiviti kemasyarakatan yang tidak bertentangan atau bercanggah 
dengan Islam.  
Sebagai contoh, kawasan perkarangan masjid boleh dijadikan 
lokasi mengadakan sebarang aktiviti riadah atau rekreasi untuk 
perpaduan ummah.
Hakikat ini begitu jelas dan menjadi satu kenyataan apabila 
Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Omar Al Khatab, 
Guar Syed Alwi yang dipengerusikan imamnya, Haji Kamaruddin 
Nopiah menganjurkan program sehari bersama masyarakat.
Kemuncak program sehari anjuran bersama Jawatankuasa 
kariah masjid berkenaan dengan kerjasama Komuniti 
Rukun Tetangga (KRT) Jawatankuasa Keselamatan dan 
Kemajuan Kampung (JKKK) Guar Syed Alwi dan Pejabat 
Kesihatan Perlis merupakan Larian Kesihatan.
Larian sejauh lima kilometer ini disertai oleh semua lapisan 
usia daripada kariah masjid berkaitan.
Selain acara larian pihak penganjur turut mengadakan aneka 
gerai jualan termasuk makanan, pakaian dan lain-lain disamping pemeriksaan kesihatan.
Menteri Besar, Tuan Azlan Man, Exco Kerajaan Negeri, 
Khairi Hassan, Ahli Parlimen Kangar, Ir Shaharuddin Ismail, 
Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd Khalid Ahmad, 
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) 
Abdul Malik Hussin, Pegawai Kesihatan Perlis, Dr. Azmi Ahmad, 
Pengerusi JKKK Guar Syed Alwi, Abdul Karim Pin turut sama 
pada program itu.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan 
Konsert Islam yang diserikan dengan nyanyian lagu irama nasyid 
oleh kumpulan As-Sajjad pimpinan Mohd. ‘Atori Kamaruddin
End. Oleh : NanaDiyana








No comments:

Post a Comment