Friday, January 3, 2014

DUA HAFIZ CINTAI ULAR BERBISA

A.Karim Ahmad (AKA)

KANGAR ( JANUARI 2014) :  Bila sudah jatuh cinta yang yang  sakit jadi penawar, yang benci jadi rindu, maka segala rintangan jadi kenangan indah.
Keadaan seumpama ini dialami sendiri oleh dua bersaudara Mohd. Hafiz Alias,23 dan Mohd. Hafiz Azizan, 25 yang berkebolehan menjinak serta menangkap ular berbisa termasuk  tedung selar atau tedung senduk.
Kedua-dua mereka yang mempunyai pertalian sebagai abang ipar (Mohd. Hafiz Azizan) dan adik ipar (Mohd. Hafiz Alias) secara kebetulan gemar dan minat menangkap kepada ular sejak kanak-kanak lagi.
Minat terhadap  reptelia berbisa itu semakin ketara apabila berusia remaja di mana mereka  menjadi tumpuan penduduk kampung yang meminta bantuan menangkap ular .
Kedua-dua Hafiz ini tidak akan menolak asalkan diminta pertolongan mereka atau diberitahu  di mana terdapat lubang tempat ular bersarang.
“ Saya  pernah  pengsan empat kali kena patuk ular tedung senduk “, kata Mohd. Hafiz Azizan mengenai pengalaman dipagut ular tedung senduk akabat terlalu ghiarah dengan minatnya walaupun agak membahayakan nyawa.
Namun demikian minat kedua-dua Hafiz ini berbaloi apabila mereka semakin terkenal dan sering diundang mengadakan persembahan bermain ular di majlis-majlis rasmi kerajaan dan pesta keramaian.
Manakala Mohd. Hafiz Alias yang berasal dari Sungai Batu Pahat, Bintong menganggap dirinya amat bertuah kerana minatnya kepada ular yang pada awalnya semata-mata sebagai hobi akhirnya memberikanya peluang pekerjaan apabila beliau ditawarkan berkerja di Taman Ular dan Reptelia Sungai Batu Pahat oleh pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan abang iparnya pula mendapat pekerjaan di ladang mempelam harumanis milik PKENPs di Bukit Bintang, Bintong .
Bagaimanapun mereka akan bergabung apabila diundang bagi mengadakan persembahan bermain ular sama ada di perlis atau di luar Perlis.
Kehebatan kedua-dua Hafiz bermain dengan ular berbisa seperti  teduang selar, tedung senduk dan pontin disaksikan orang ramai semasa mereka mengadakan persembahan sempena Karnival IMT-GT di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar kelmarin.
Orang ramai yang menyaksikan  persembahan itu mungkin tertanya-tanya apabila mereka melihat dengan mata sendiri bagaimana Mohd. Hafiz Alias yang digigit ular tidak menampakkan sebarang reaksi sakit atau pengsan sedangkan ular itu masih berbisa.
“  Ular yang saya main dalam persembahan saya itu sebenarnya ular yang separa bisa, tetapi tetap merbahaya serta boleh menyebabkan sesiapa yang  mempunyai `anti body ’ lemah jadi pitam,” ujar beliau bagi menjelaskan keraguan orang ramai yang menyaksikan persembahannya.
Kata Mohd. Hafiz, beliau tidak perlu mendapatkan rawatan hospital akibat gigitan ular separa bias itu sebaliknya hanya memakan sepotong nenas.

END@








No comments:

Post a Comment