Wednesday, November 27, 2013

Kerusi Roda Untuk Azizah

ARAU ( November 2013) --  Penderitaan seorang warga emas, Azizah Othman, 61 
mendapat perhatian kepimpinan utama negeri Perlis iaitu 
Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man.
Beliau yang dimaklumkan oleh pegawai Pusat Khidmat 
Wakil Rakyat kawasan Pauh, Baharom Hassan mengenai 
penyakit dihidapi Azizah segera menziarahi warga emas 
itu di rumahnya di Kampong Katong, Pauh kelmarin.
Azizah yang lumpuh serta lelah menerima sumbangan 
sebuah kerusi roda daripada Kerajaan Negeri yang 
diserahkan sendiri oleh Menteri Besar semasa menziarahi 
warga emas  itu.
Turut sama menziarahi Azizah  ialah Setiausaha Politik 
kepada Menteri Besar Perlis, Senator Mohd. Khalid Ahmad 
dan Pengerusi JKKK kampung tersebut, Ahmad Ali.
Menteri Besar Perlis itu telah menghubungi pihak berkuasa 
Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar supaya memberikan
 rawatan lebih baik sempurna kepada Azizah.
Azizah telah menerima bantuan Jabatan kebajikan 
Masyarakat sebanyak RM120 sebulan sejak enam bulan lalu.
oleh : nanadiyana

MAJLIS PERASMIAN TAMAN DESA ASNAF BATU BERTANGKUP

Projek ini telah menyediakan penginapan dan pekerjaan kepada 35 keluarga asnaf yang telah berjaya dan terpilih melalui beberapa penilaian teliti oleh pihak MAIPs dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Misi projek ini bermatlamat untuk merubah status dari golongan penerima zakat kepada golongan pembayar zakat di kemudian hari. 

DYMM TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL MENANDATANGANI PLUG PERASMIAN

YB NORUL HISHAM YAAKOB, YB CHAN MING KAI, YB KHALID AHMAD DAN YB SYUKOR SULTAN

DYTM TUANKU HAJJAH LAILATUL SHAHREEN AKASHAH KHALIL BERSAMA PUAN NOR ASWANA OMAR


Monday, November 25, 2013

ASYURA PUTERI







SETIAP KAUM DIMINTA MAIN PERANAN TERUSKAN PERPADUAN
KANGAR- Setiap kaum di negeri ini diminta supaya memainkan peranan bagi terus menikmati perpaduan yang sedia ada terjalin sejak merdeka.

Senator Mohd Khalid Ahmad berkata sikap cintakan perpaduan perlu diterap dalam setiap jiwa penduduk negeri ini yang terdiri dari pelbagai kaum terutamanya Melayu, India, Cina dan Siam.

“Sikap berpuak-puak tidak akan membawa kebaikan kepada kita, malah ia memberi kesan buruk jangka masa panjang sehingga boleh menimbulkan perbalahan.

“Justeru amatlah penting perpaduan ini terus dijaga tanpa mengira apa bangsa dan agama yang kita anuti,”kata beliau selepas merasmikan Program Motivasi Belia 2013 anjuran Kelab Bell Belia Tamil Arau di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis di sini, semalam.

Senator Mohd. Khalid yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis berkata, perpaduan kaum sangat penting bagi mewujudkan suasana harmoni dan aman di negara seperti Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang etnik.

Beliau berkata, kerajaan Barisan (BN) yang terus diberi mandat memerintah negara ini  selepas pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang lalu sentiasa berlaku adil kepada semua kaum termasuk kepada rakyat berketurunan India.

Katanya, masyarakat daripada kaum India di Perlis yang merupakan penduduk minorit di negeri ini tidak pernah dipinggirkan daripada menikmati program kerajaan negeri termasuk bantuan tertentu untuk membantu  meningkatkan taraf hidup mereka.

Turut hadir ialah Pengerusi MIC Perlis, S. Vengadasamy, Pengarah JASA Negeri Perlis, Saiful Daneal Ibrahim, Pengerusi Belia Bell Tamil Negeri Perlis, Uthaya Kumar, bekas pengerusi Kelab Belia Bell Tamil Negeri Perlis, T. Muniandy dan Pengerusi Kelab Belia Bell Tamil Arau, Chandrahasan A/L Samynathan.

Program sehari anjuran Kelab Belia Bell Tamil Arau dengan kerjasama JASA dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.disertai seramai 40 pelajar Tamil daripada beberapa sekolah menengah di negeri ini.

Para peserta turut mengikuti ceramah motivasi `Melahirkan Belia Berkarisma dan Cintakan Negara’ disampaikan oleh Penolong Pengarah JASA Perlis, Shuhada Sabdin.

Manakala ceramah mengenai ‘ Trend Jenayah Semasa dan Kerjaya Polis’ disampaikan Penolong Ketua Siasatan Jenayah Polis Daerah Arau, Asisten Supritendan Sharizan Abd. Rahman.





FESTIVAL LOY KRATHONG PERLIS 2013 MERIAH

KANGAR:  Festival  Loy Krathong peringkat negeri Perlis meriah 
dengan penyertaan 20 jelitawan Perlis dan luar Perlis termasuk 
dari Sabah bertanding merebut Ratu Loy Krathong PERLIS 2013.
Festival  anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung 
(JKKK) Kg. Padang Petani, Jejawi, itu dihadiri oleh Gabenor Wilayah 
Satun, Mr.Nuachai Jiraapirak dan isteri serta para pegawai pejabat 
gabenor itu.
Menurut pengerusi JKKK Kg. Padang Petani, 
Datuk Siew Chun a/p Eam, pemilihan Ratu Loy Krathong 
merupakan acara kemuncak festival itu yang berlangsung di 
perkarangan Wat Machimaprasit, Jejawi, 10 kilometer dari Kangar. 
Pada pertandingan itu peserta dari Alor Setar, Kedah, 
Koh Chneg Jia Yuan, 19 menyandang Johan Ratu Loy Krathong Perlis 
2013 manakala Jannyfer Selvan Mariam A/P Joseph, 18 dari 
Kuala Lumpur dipilih Naib Johan dan Lan Xin Yi, 18 dari Perlis 
di tempat ketiga.














PENGAMALAN PRINSIP RUKUN NEGARA MAKIN TERHAKIS

ARAU, 25 NOVEMBER – Pengamalan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara semakin terhakis dari jiwa generasi muda sekarang, kata Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man.
Menurut  beliau, kurangnya  penghayatan  dan pengamalan oleh generasi muda terhadap prinsip Rukun Tetangga menyebabkan golongan tersebut hilang jati diri serta mudah terikut budaya asing yang berunsur negative.
Tegas  Azlan, gejala social yang semakin berleluasa sekarang seperti samseng, pembuangan bayi,bunuh, rogol,ragut, buli, lari dari rumah dan berbagai kes salah laku lain adalah berpunca daripada kurang penghayatan terhadap prinsip Rukun Tetangga.  
“ Amat menyedihkan perilaku negatif itu berlaku sewenang-wenangnya tanpa segan silu bahkan mencemarkan imej bangsa negeri,”  ujar beliau pada majlis perasmian Festival Loy Krathong 2013 di Jejawi, dekat sini, kelmarin.
Menteri Besar Perlis itu diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Romli Dai yang membacakan teks ucapan beliau dan  menyempurnakan majlis perasmian Festival Loy Krathong itu.
Turut hadir ialah Gabenor Wilayah Satun, Mr. Nuachai Jiraapirak dan isteri serta rombongan selaku tetamu Festival Lor Krathong Peringkat Negeri Perlis 2013, bekas Menteri Besar dan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh dan bekas Presiden Persatuan Siam Malaysia, Datuk Siew Chun A/P Eam yang merupakan Pengerusi JKKK Kampong Padang Petani, Jejawi  selaku pengerusi penganjur festival tersebut.
Azlan  juga berharap setiap rakyat di negeri ini dapat menghayati serta mengamalkan prinsip –prinsip Rukun Negara bagi menikmati kehidupan  yang lebih harmoni disamping memupuk muhibbah di kalangan berbilang kaum.
Beliau difahamkan , festival Loy Krathong yang dianjurkan setiap tahun selepas sahaja musim menuai yang jatuh pada hari ke 15 bulan 12 Kalender Siam.
“ Perayaan tradisi turun temurun kaum Siam ini bukan sahaja disambut oleh masyarakat  keturunan Siam malah oleh kaum-kaum lain termasuk Melayu di negeri ini sejak turun temurun,” ujar Azlan.
Azlan menambah, perayaanLoy Krathong juga merupakan symbol perpaduan kaum di Perlis khususnya di kalangan keturunan Melayu, China, India dan Siam.
Beliau mengajak seluruh masyarakat berbilang kaum di negeri ini bersama-sama memikul tanggungjawab dan memastikan perayaan berunsurkan kebudayaan seperti Loy Krathong ini terus disuburkan  serta dipelopori oleh generasi akan datang.
Katanya, tanpa strategi yang mantap serta komitmen yang menyeluruh daripada semua pihak , perpaduan hanya akan tiunggal sebagai satu matlamat sahaja.
Sementara itu, Cik Koh Cheng Jia Yuan, 18 dari Alor Setar, Kedah  dipilih sebagai Ratu Festival Loy Krathong Perlis 2013 mengatasi 19 peserta lain  pada peraduan sempena pesta itu.
Naib Johan disandang oleh Cik Jannyfer Selvam Mariam A/P Joseph, 19 seorang penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMap) dan ditempat ketiga ialah Cik Lee Xin Yi , 18 dari Kangar, Perlis.
Seramai 20 jelitawan termasuk dari Sabah menyertai pertandingan Ratu Festival Loy Krathong Perlis 2013 yang berlangsung di perkaranganWat Machimaprasit, Jejawi, di sini, kelmarin.








Friday, November 22, 2013

UPP TAHAN DUA LELAKI CUBA SELUDUP PETROL 

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping menahan dua lelaki tempatan bersama tiga kereta proton saga sedang mengisi petrol di sebuah stesyen 
minyak ESSO di Repoh, Kangar kira-kira pukul 6.00 pagi 22 November.
Menurut Komander Kawasan UPP Chuping, ASP Syed Basri Syed Ali 
kedua-dua mereka berumur 32 dan 35 tahun ditahan sepasukan 
anggota UPP Chuping ketika sedang mengisi minyak di stesen tersebut
Syed Basri berkata, semasa pemeriksaan dilakukan salah sebuah  
kereta itu telah mengisi 500 liter minyak bernilai RM1,050 
di dalam tangki tambahan manakala 40 liter lagi di dalam tiga 
tong lutsinar putih berwarna bernilai RM84. 
Manakala sebuah lagi kereta terbabit didapati mengisi sejumlah 
170 liter petrol bernilai RM357 didalam tangki tambahan dan 
sebuah lagi kereta didapati belum lagi mengisi minyak.
Kata Syed Basri, kedua lelaki terbabit ditahan bersama tiga 
kereta berkenaan untuk siasatan lanjut. 







Thursday, November 21, 2013

GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR FAMA 

ARAU, 21 November –Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang  membuka Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) di  setiap pintu masuk ke negeri Perlis 
selain yang sedia ada di Ulu Pauh sekarang iaitu di sempadan Perlis –Kedah di Sanglang dan Padang Besar, kata Exco Kerajaan Negeri, 
Ahmad Bakri Datuk Ali.
Menurut Ahmad Bakri yang merupakan Exco Pertanian dan Industri 
Asas Tani Negeri Perlis, langkah ini menggalakkan lagi 
penyertaan golongan peniaga berkenaan di bidang tersebut.
Ahmad Bakri berkata, GBBS di Ulu Pauh turut menjalankan 
urusniaga  urusniaga memasarkan aneka buah-buahan termasuk mempelam harumanis yang 
merupakan produk pertanian terkenal dihasilkan negeri ini.
Tambah beliau, GBBS Ulu Pauh yang mula beroperasi sejak 
dua tahun yang lalu menghasilkan perolehan sehingga RM5,000
 sebulan kepada peniaga-peniaga buah-buahan terbabit.
“ Ramai pelancung yang melawat ke negeri ini  akan datang 
ke gerai di Ulu Pauh ini untuk membeli buah-buahanyang terdapat di gerai sebagai buah tangan apabila pulang 
ke tempat mereka, “ katanya selepas melakukan lawatan kerja ke 
GBBS Ulu Pauh, dekat sini petang semalam. 
Ketika ini terdapat seramai 12 peniaga menjalankan perniagaan buah-buahan dan lain-lain di GBBS Ulu Pauh. 
Turut sama menyertai lawatan itu  ialah Pengarah FAMA Negeri Perlis, 
Encik Muslim Manja.
Menurut beliau lagi, lebih menarik di GBBS Ulu Pauh sekarang ialah 
para pengunjung atau pelancong masih boleh membeli mempelam 
harum manis walaupun sekarang bukan musim mempelam tersebut.
Penjualan buah harum manis di luar musim itu merupakan satu daya 
tarikan pelancong ke Perlis terutama apabila mereka membeli-belah di GBBB Ulu Pauh yang dianjurkan pihak FAMA, kata Ahmad Bakri.
Tegas beliau, kerajaan negeri dijangka membina ruang parkir 
untuk kemudahan pengunjung kerana didapati agak sukar dan jauh 
untuk pengunjung berjalan kaki ke gerai buah-buahan itu.
Ujar beliau, selain ruang letak kenderaan pihak FAMA dan Kerajaan Negeri juga akan mengadakan kemudahan surau dan 
bilik air di kawasan gerai berkenaan untuk keselesaan pengunjungnya.
Sementara itu, Pengarah FAMA Perlis berkata, kewujudan 
rangkaian GBBS adalah sebagai saluran alternative kepada 
pengguna mendapatkan buah-buahan tempatan berkualiti disamping perkhidmatan mesra pelanggan.
Katanya, salain itu pihak FAMA juga berusaha membantu 
usahawan GBBS mempewrkembangkan perniagaan buah-buahan serta meningkatkan pendapatan melalui pengurusan 
gerai yang cekap , seragam  dan berkesan. 




Oleh : nanaDiyana

USAHAWAN DIMINTA FAHAMI KEPENTINGAN LABEL DAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN

Arau- Usahawan makanan di negeri ini diminta supaya memasarkan produk mereka dengan label dan pembungkusan makanan yang lebih baik bagi memberikan impak yang positif terhadap produk yang dihasilkan.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Ahmad Bakri Dato Ali berkata kedua-dua aspek itu perlu difahami dengan baik oleh usahawan terlebih dahulu kerana ia memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya industri mereka.
Katanya kebanyakkan usahawan di negeri ini tidak arif dengan kaedah yang terbaik untuk membungkus dan melabelkan produk mereka.
“Pembungkusan ditakrifkan sebagai sains, seni dan teknologi untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa dihantar, disimpan dan dipamerkan.
“Manakala label merupakan sumber maklumat yang penting kepada pengguna untuk mengetahui jenis produk, pengusaha, tarikh luput, kandungan nutrisi, status halal sesuatu produk makanan,”katanya selepas merasmikan kursus pembungkusan dan pelabelan makanan untuk usahawan dan bakal usahawan negeri Perlis, di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malasyia (MARDI) di sini, semalam.
Namun menurut Ahmad Bakri usahawan dan pengusaha yang sedia ada kurang menitikberat soal label dan sekadar membungkus produk mereka di dalam plastik tanpa tanpa sebarang label.
Tegas beliau jika perkara ini terus berlaku usahawan tersebut akan sukar untuk memajukan perniagaannya kerana pada masa kini, hampir keseluruhan pasar-pasar besar menjadikan pembungkusan dan pelabelan yang menarik sebagai salah satu syarat kepada usahawan untuk menembusi pasaran yang lebih besar.
Jesteru beliau berharap lebih 30 peserta kursus MARDI semalam dapat meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan pembungkusan dan pelabelan makanan.
“Usahawan ini juga diharap dapat lebih berdaya saing dengan usahawan luar seterusnya produk mereka mampu menambusi pasaran yang lebih luas,”katanya.





Wednesday, November 20, 2013

PERTANDINGAN PAKAIAN ALA 60AN

AMIZA RAZAK
JOHAN
MALIA ISMAIL
CHE OMI SAAD
NORHAYATI RAMLI
TEMPAT KE-3
AZIZAH OSMAN
NORIJA HASHIM
JULAIFA YAAKOP
JAMARIAH OSMAN
NASHIRAH AHMAD
RAMLAH RAMLI
ASMA HASAN
NAIB JOHAN
BARISAN PESERTA

PUAN NOR ASWANA MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG