Friday, November 8, 2013

MB PERLIS TERUJA PENCAPAIAN SK SENA
KANGAR, 8 November  --Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man teruja dengan pencapaian akedamik dan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sena yang meletakkan sekolah berkenaanse bagaisalah sebuah sekolah kluster kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia yang ulung.

Menurut Azlan, sebagai Exco Pendidikan Negeri beliau sangat berbanggga dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh sekolah berkenaan yang bukan sahaja di peringkat negeri atau pun kebangsaan malah juga pada peringk atantarabangsa termasuk di Macau dan Korea Selatan.

“ Saya merasakan amat teruja kerana Sekolah Kebangsaan Sena begitu istimewa kerana mencapai banyak kejayaan serta memenangi hadiah-hadiah di peringkat nasional dan antarabangsa ” , katanya semasa merasmikan hari anugerah cemerlang SK Sena di Dewan Kapitol di sini, semalam.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Penagarah Pendidikan Negeri Perlis, Don Kasa dan Guru Besar SK Sena, Roslan Yatim dan Pengerusi PiBG SK Sena, Ahmad Shukri Ali.

Menteri Besar Perlis itu juga kagum dengan usaha Guru besar serta kakitangan akedamik SK Sena  yang bergerak jauh kehadapan dalam bidang kokurikulum termasuk mewujudkan kelab medianya sendiri yang dikenali Kelab Media Sena yang membuktikan kehebatannya apabila berjaya meraih anjugerah kokurikulum peringkat kebangsaan , kelmarin.

Azlanberkata,  semua pencapaian serta kejayaan diperolehi adalah daripada kerjakeras setiap tenaga pengajar disamping sokongan ibu bapa murid dan ini memberi semangat dan dorongan kepada guru besar meningkatkan prestasi SK Sena dalam pelbagai aspek.
Katanya, ibu bapa juga harus peka terhadap perkembangan anak-anak tanpa menyerahkan semata-mata kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka dan pada masa sama ibu bapa perlu membetulkan sikap anak-anak sekiranya didapati melakukan kesilapan.

Sementara itu, salah seorang murid sekolah itu, Syed Ahmad Muaz Syed Zainal Abidin Khilmi yang merupakan Ketua Muri dtelah diumumkan  sebagai penerima anugerah Tokoh Murid SK Sena 2013.





No comments:

Post a Comment