Monday, November 4, 2013


 PERLIS TIDAK PERLUKAN ORANG TENGAH UNTUK TARIK PELABUR - AZLAN


    SONGKHLA (Thailand) -- Menteri Besar Perlis, Azlan Man berkata, Kerajaan Negeri Perlis tidak memerlukan pihak ketiga atau ' orang tengah ' dalam usaha membawa masuk pelabur ke negeri ini.    Pelabur boleh terus berunding dengan kerajaan negeri kerana ia lebih cepat
dan selesa berbanding penggunaan pihak ketiga sebagai pengantara, katanya
berucap pada perjumpaan dengan Konsul General Malaysia di Songkhla Mohd Faizal
Razali dan kakitangan konsulat di sini awal bulan ini.
    Beliau berkata Perlis berpotensi besar untuk kegiatan pelaburan  ;dan
perdagangan apatah lagi dengan cadangan mewujudkan taman halal yang baharu di
pinggir sempadan.
    Pada masa ini Perlis mempunyai taman halal bersaiz industri kecil dan
sederhana (IKS) di Padang Besar namun taman halal yang akan dibina di kawasan
pertumbuhan baharu pinggir sempadan akan berskala lebih besar.
    Azlan yakin pengiktirafan persijilan halal yang dikeluarkan kerajaan
Malaysia oleh seluruh dunia akan menjadi tarikan utama para pelabur yang
berminat untuk melaksanakan industri halal di Perlis.
   "Pastinya para pelabur Thailand tidak akan melepaskan peluang untuk
memanfaatkan persijilan halal yang mendapat pengiktirafan dunia," katanya.
    Beliau berkata selain itu kerajaan negeri juga mempelawa para pelabur untuk
membina hotel-hotel bertaraf tiga bintang di Perlis berikutan jumlah pelancong
yang berkembang.
    Azlan berada di Songkhla sejak bagi mengetuai lawatan kerja dua hari
dan turut mengadakan perbincangan dua hala berkaitan ekonomi dan keselamatan
dengan Gabenor Songkhla Kritsada Boonrat.










No comments:

Post a Comment