MARA BANTU MEREALISASIKAN VISI PERLIS
MAJU 2015
KUALA PERLIS, 14 NOVEMBER –Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man berkata, Kerajaan Negeri amat berharap
pembudayaan keusahawanandalam kalangan warga Perlis
dapat dihayati dan dibudayakan.
“Ini kerana melalui keusahawanan ianya dapat membantu Kerajaan Negeri untuk
merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri,” katanya pada Majlis
Penghargaan Ramah Mesra dan Makan Mlam Usahawan MARA Perlis di
Ocean Clow Kuala Perlis ,malam tadi.
Turut hadir ialah Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri
kawasan Kuala Perlis, Mat Hassan, Ketua Pengarah MARA ,
Datuk Ibrahim Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Romli Dai dan
Pengarah MARA Negeri Perlis, Haji Abdul Halim Mamat.
Azlan menambah, langkahan yangdiambil pihak MARA itu juga selaras dengan hasrat kerajaan di peringkat Pusat yang mensasarkan agar kaum Bumiputera menjadi` entrepreneurial soceity’.
Tambah beliau, selari dengan visi negeri kea rah Perlis Maju 2015 juga, langkah MARA
ini adalah bertepatan dalam mendekatkan para usahawan dengan pimpinan negeri.
Katanya, program seperti ini mampu menjadi `platform’ untuk Kerajaan Negeri serta para usahawan membentuk jaringan yang strategik demi kejayaan dan faedah bersama.
Semoga program ini mampu membuka ruang yang lebih luas dalam kerjasama yang akan datang di antara Kerajaan Negeri Perlis dan MARA bagi manfaat
para usahawan di negeri ini. oleh : nanaDiyana
No comments:
Post a Comment