Tuesday, November 19, 2013

LAGU POP YEH YEH MASIH SEGAR

BARISAN PESERTA YANG MENYERTAI PERTANDINGAN LAGU 60AN
KANGAR-– Kehadiran ramai penonton pada pertandingan lagu 60an anjuran Kelab Pop Yeh Yeh Perlis di sini membuktikan irama lagu 60an atau pop yeh yeh masih mendapat sambutan hangat peminat.

Menurut pengerusinya, Amran Saad, seramai 10 peserta terdiri lima lelaki dan lima wanita mengambil bahagian pada peringkat akhir Pertandingan Karaoke 60-an Tertutup Perlis yang berlangsung di Auditorium Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis di sini malam semalam.

Beliau berkata, pertandingan fesyen pakaian ala 60an turut diadakan bagi memeriah serta menghangatkan pertandingan lagu tersebut.

Menteri Besar Perlis, Azlan Man dan isteri,  Nor Aswana Omar hadir menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta yang berjaya dalam kedua pertandingan bertema 60-an itu.

Johan kategori lelaki pertandingan ini disandang oleh Azmi Mansor menerusi lagu Inikah Balasan nyanyian A. Halim, manakala naib johan jatuh kepada Frank Lino dengan lagunya, Siti Haida nyanyian Datuk Jeffry Din dan pemenang ketiga, Baharom Shah yang menyanyi lagu Kisah dan Tauladan yang dipopularkan oleh A.Halim.  

Bagi kategori wanita, seorang pereka dan jurulatih tari, Nazirah Ahmad muncul juara menerusi dendangan lagu Siapa Gerangan yang dipopularkan penyanyi Sanisah Huri.
Naib johan disandang oleh peniaga, Lamtaarif Mahmud yang menyanyikan lagu Siapa Gerangan diikuti tempat ketiga , Saritha Shaidan menerusi lagunya, Oh Teruna yang dipopularkan Fatimah M. Amin.

Tempat pertama bagi pertandingan fesyen pakaian ala 60-an dimenangi oleh Amiza Razak yang memperagakan  baju Dara Pujaan diikuti tempat kedua Asma Hassan yang menggayakan fesyen Senandong Rindu diikuti Norhayati Ramli ditempat ketiga dengan fesyen pakaian  Ayu Solo.

Peserta-peserta yang berjaya menerima hadiah berupa wang tunai RM200 (johan), RM200 (naib johan) dan RM100 (ketiga) bersama trofi serta sijil penyertaan.

SEBAHAGIAN PENONTON YANG HADIR DI PERTANDINGAN LAGU 60AN
JURI
NUR HAFIZA BT FITHQRI

BAHAROM SHAH BIN ABDUL HAMID
TEMPAT KE-3 KATEGORI LELAKI
HAZLINA BT CHIN
KHAIRUL HANAFI BIN HAMZAH
SARITHA BT SHAIDAN
TEMPAT KE-3 KATEGORI WANITA
AZMI BIN MANSOR
JOHAN KATEGORI LELAKI
LAMTAARIF BT MAHMUD
NAIB JOHAN KATEGORI WANITA
FRANK LINO W JOSH
NAIB JOHAN KATEGORI LELAKI
NASIRAH BT AHMAD
JOHAN KATEGORI WANITA
ROSLI B. RASHIDI
YAB MB MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG

No comments:

Post a Comment