Thursday, November 21, 2013

USAHAWAN DIMINTA FAHAMI KEPENTINGAN LABEL DAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN

Arau- Usahawan makanan di negeri ini diminta supaya memasarkan produk mereka dengan label dan pembungkusan makanan yang lebih baik bagi memberikan impak yang positif terhadap produk yang dihasilkan.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Ahmad Bakri Dato Ali berkata kedua-dua aspek itu perlu difahami dengan baik oleh usahawan terlebih dahulu kerana ia memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya industri mereka.
Katanya kebanyakkan usahawan di negeri ini tidak arif dengan kaedah yang terbaik untuk membungkus dan melabelkan produk mereka.
“Pembungkusan ditakrifkan sebagai sains, seni dan teknologi untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa dihantar, disimpan dan dipamerkan.
“Manakala label merupakan sumber maklumat yang penting kepada pengguna untuk mengetahui jenis produk, pengusaha, tarikh luput, kandungan nutrisi, status halal sesuatu produk makanan,”katanya selepas merasmikan kursus pembungkusan dan pelabelan makanan untuk usahawan dan bakal usahawan negeri Perlis, di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malasyia (MARDI) di sini, semalam.
Namun menurut Ahmad Bakri usahawan dan pengusaha yang sedia ada kurang menitikberat soal label dan sekadar membungkus produk mereka di dalam plastik tanpa tanpa sebarang label.
Tegas beliau jika perkara ini terus berlaku usahawan tersebut akan sukar untuk memajukan perniagaannya kerana pada masa kini, hampir keseluruhan pasar-pasar besar menjadikan pembungkusan dan pelabelan yang menarik sebagai salah satu syarat kepada usahawan untuk menembusi pasaran yang lebih besar.
Jesteru beliau berharap lebih 30 peserta kursus MARDI semalam dapat meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan pembungkusan dan pelabelan makanan.
“Usahawan ini juga diharap dapat lebih berdaya saing dengan usahawan luar seterusnya produk mereka mampu menambusi pasaran yang lebih luas,”katanya.





No comments:

Post a Comment