Monday, November 11, 2013

KOLEJ KOMUNITI ARAU HASILKAN KEBAYA PERLIS TERBESAR


KANGAR: Kolej Komuniti Arau memperlihatkan keunggulan dalam bidang rekaan fesyen dengan menghasilkan sepasang kebaya `gergasi’ yang mendapat pengiktirafan Malaysia Boook of Records.

Rekaan baju kebaya itu adalah hasil kreativiti serta kegigihan para pensyarah dan pelajar Kolej
Komuniti Arau berbaloi apabila Malaysia Bookof Records menyenaraikannya sebagai kebaya Perlis
dipersembahkan pada program Kebaya Fest Road To Milan yang berlangsung di Dewan
2020 di sini malam tadi.
Wakil Malaysia Book of Records, Zulhairi Md Zin mengumumkan pada majlis itu
bahawa baju yang disiapkan dalam tempoh 15 hari mencatat rekod baju kebaya
Perlis terbesar.

Wakil Malaysia Book of Records, Zulhairi Md Zin mengumumkan pada majlis itu
bahawa baju yang disiapkan dalam tempoh 15 hari mencatat rekod baju kebaya
Perlis terbesar.
Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merasmikan
program anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti yang julung kali diadakan itu
serentak dengan pelancaran kebaya Perlis terbesar itu.


 terbesar.
Baju tradisional setinggi 10 meter yang menggunakan 341 meter kain itu

Hadir sama di majlis tersebut ialah isteri Menteri Besar, Puan Nor Aswana Omar serta Exco Kerajaaan Negeri, Japferi Othamn dan isteri.  
  Kebaya Perlis berwarna cerah dan bersaiz 8.5 kali ganda daripada saiz M itudisiapkan baru-baru ini.

Pada program itu, sebanyak 124 pasang busana kebaya diperagakan oleh parapragawati yang terdiri daripada para pelajar daripada 15 kolej komuniti yangmempunyai program fesyen dan pakaian di seluruh negara.


Program turut diserikan dengan peragaan busana tradisional kanak-kanak selainperagaan kebaya kreasi baru.


Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Amir Md Noor ketika berucapberkata, program itu diharap dapat mengenengahkan Kolej komuniti yang menawarkanpelbagai program dengan kos yang rendah termasuk program fesyen dan pakaian.
Katanya, para lepasan kolej itu diharap akan terus berupaya meningkatkankeupayaan mereka dalam bidang masing-masing sehingga mampu bersaing di peringkatglobal.


Beliau percaya, para lepasan kolej itu mampu merealisasikan cita-cita merekatermasuk dalam bidang fesyen dan pakaian berasaskan keupayaan mereka menjayakanKebaya Fest Road To Milan itu.


Amir berharap rekaan fesyen bekas pelajar kolej itu kelak mampu berada di Milanyang merupakan bandar fesyen terkemuka dunia melalui kesungguhan dan kreativitimereka.








No comments:

Post a Comment