Thursday, November 21, 2013

GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR FAMA 

ARAU, 21 November –Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang  membuka Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) di  setiap pintu masuk ke negeri Perlis 
selain yang sedia ada di Ulu Pauh sekarang iaitu di sempadan Perlis –Kedah di Sanglang dan Padang Besar, kata Exco Kerajaan Negeri, 
Ahmad Bakri Datuk Ali.
Menurut Ahmad Bakri yang merupakan Exco Pertanian dan Industri 
Asas Tani Negeri Perlis, langkah ini menggalakkan lagi 
penyertaan golongan peniaga berkenaan di bidang tersebut.
Ahmad Bakri berkata, GBBS di Ulu Pauh turut menjalankan 
urusniaga  urusniaga memasarkan aneka buah-buahan termasuk mempelam harumanis yang 
merupakan produk pertanian terkenal dihasilkan negeri ini.
Tambah beliau, GBBS Ulu Pauh yang mula beroperasi sejak 
dua tahun yang lalu menghasilkan perolehan sehingga RM5,000
 sebulan kepada peniaga-peniaga buah-buahan terbabit.
“ Ramai pelancung yang melawat ke negeri ini  akan datang 
ke gerai di Ulu Pauh ini untuk membeli buah-buahanyang terdapat di gerai sebagai buah tangan apabila pulang 
ke tempat mereka, “ katanya selepas melakukan lawatan kerja ke 
GBBS Ulu Pauh, dekat sini petang semalam. 
Ketika ini terdapat seramai 12 peniaga menjalankan perniagaan buah-buahan dan lain-lain di GBBS Ulu Pauh. 
Turut sama menyertai lawatan itu  ialah Pengarah FAMA Negeri Perlis, 
Encik Muslim Manja.
Menurut beliau lagi, lebih menarik di GBBS Ulu Pauh sekarang ialah 
para pengunjung atau pelancong masih boleh membeli mempelam 
harum manis walaupun sekarang bukan musim mempelam tersebut.
Penjualan buah harum manis di luar musim itu merupakan satu daya 
tarikan pelancong ke Perlis terutama apabila mereka membeli-belah di GBBB Ulu Pauh yang dianjurkan pihak FAMA, kata Ahmad Bakri.
Tegas beliau, kerajaan negeri dijangka membina ruang parkir 
untuk kemudahan pengunjung kerana didapati agak sukar dan jauh 
untuk pengunjung berjalan kaki ke gerai buah-buahan itu.
Ujar beliau, selain ruang letak kenderaan pihak FAMA dan Kerajaan Negeri juga akan mengadakan kemudahan surau dan 
bilik air di kawasan gerai berkenaan untuk keselesaan pengunjungnya.
Sementara itu, Pengarah FAMA Perlis berkata, kewujudan 
rangkaian GBBS adalah sebagai saluran alternative kepada 
pengguna mendapatkan buah-buahan tempatan berkualiti disamping perkhidmatan mesra pelanggan.
Katanya, salain itu pihak FAMA juga berusaha membantu 
usahawan GBBS mempewrkembangkan perniagaan buah-buahan serta meningkatkan pendapatan melalui pengurusan 
gerai yang cekap , seragam  dan berkesan. 




Oleh : nanaDiyana

No comments:

Post a Comment