TINGKATKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN LEBIH BAIK
KANGAR, 12 NOVEMBER Ketua Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Ayob
Ahmad kecewa dengan kedudukan Perlis yang jauh ketinggalan keputusan bagi
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.
Menurut beliau, Perlis berada ditahap kurang memuaskan bagi peringkat
peperiksaan berkaitan bagi tahun 2012 berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung dan Malaysia Timur yang memperolehi keputusan
cemerlang.
Tegas Ayob, beliau yang menghadiri mesyuarat diperingkat kementerian bagi
membincangkan perkara berhubung hal ehwal murid termasuk mengenai
keputusan peperiksaan amat sedih dengan pencapaian Perlis yang memperolehi bawah 65 peratus.
“ Paling memalukan apabila saya dimaklumkan bahawa keputusan Perlis lebih
kurang setaraf dengan keputusan yang diperolehi oleh murid sekolah Orang Asli
di sebuah daerah dinegeri Pahang,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Seminar Kepimpinan dan Jati Diri Pelajar 2013 di Kompleks Belia dan Sukan
Perlis disini, semalam. Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para
peserta yang mengikuti program seminar sehari itu.
Turut hadir pada majlis penutup seminar anjuran bersama Jabatan Pendidikan
Negeri Perlis dan Majlis Belia Negeri (MBN) Perlis itu termasuk Pengerusi MBN
Perlis, Shamsul Munir Bidin dan wakil Pengarah Belia dan Sukan Perlis.
Seminar sehari yang disertai oleh 300 pelajar dari lapan sekolah menengah di sini turut mengundang penceramah khas jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs),
Ustaz Hashim Ahmad bagi sessi ceramah motivasi kepada para peserta terbabit.
Ayob berkata, seminar ini merupakan satu program pencabahan ilmu yang
bertujuan mencari pendekatan yang lebih berkesan sebagai langkah membantu
meningkatkan mutu pembelajaran di kalangan pelajar yang menghadapi
peperiksaan serta memperolehi keputusan lebih memberangsangkan selepas ini.
Katanya, Perlis perlu memperbaiki kedudukan disegi pencapaian peperiksaan
yang diduduki pelajar tahun ini kerana telah agak lama berada di tahap terendah.
No comments:
Post a Comment