MINTA LONGKANG KE PASAR MALAM DITUTUP SIMEN
Kangar- Pengunjung terpaksa melalui papan yang dijadikan titi untuk melintas ke pasar malam di Persiaran Wawasan, Seriab di sini, semalam.
Keadaan ini membahayakan keselamatan mereka apabila papan tersebut boleh patah bila-bila masa sahaja.
Tinjauan turut mendapati ramai yang menggunakan titi tersebut bagi memudahkan mereka sampai ke pasar malam berkenaan.
Papan tersebut diletakkan di atas longkang yang sedalam lebih satu meter.
Rata-rata pengguna mengambil jalan singkat untuk ke pasar malam kerana laluan sewajarnya jauh sedikit dari tempat pengunjung meletakkan kenderaan.
oleh : nanaDiyana
No comments:
Post a Comment