Saturday, June 29, 2013

SEKELUARGA TANPA KERAKYATAN MALAYSIA
(GAGAL POHON MYKAD)






MAJLIS ANGKAT SUMPAH ADUN NEGERI PERLIS 
PADA 28 JUN 2013 
JAM 9 PAGI
13 BN
1 PAS
1 PKR







LANTIKAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS
HAJI HAMDAN BAHARI



PERLAWANAN FUTSAL




LORI IKAN TERBALIK DI KUALA PERLIS

AHAD, 23 JUN 2013 -- SEBUAH LORI IKAN TERBALIK DI JALAN KUALA PERLIS BERHAMPIRAN DENGAN JABATAN BOMBA & PENYELAMAT KUALA PERLIS DI SINI..KEJADIAN BERLAKU KIRA- KIRA JAM 5 PETANG. TIGA MANGSA TERMASUK PEMANDU LORI TERBABIT HANYA MENGALAMI CEDERA RINGAN.

PELANCARAN MASKOT, LAGU, LOGO & LAMAN WEB SUKMA



 


LARIAN SEMPENA HARI JADI YB.DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASIM
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI



POLIS-KADAR JENAYAH DITURUNKAN

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yakin statistik kes jenayah dapat diturunkan dengan Penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah yang akan memulakan operasinya 1 Julai depan.


Jabatan berkenaan yang akan dianggotai pelbagai cabang PDRM disifatkan mampu menangani kes-kes jenayah dengan lebih sistematik selaras sasaran penurunan 5 peratus kes jenayah Program Transformasi Kerajaan (GTP).


Berdasarkan statistik kes jenayah yang dicatatkan Kontinjen Perlis sehingga 24 Jun lalu, sebanyak 27 kes direkodkan, iaitu peningkatan 6 peratus atau 2.5 kes sehari berbanding tempoh sama tahun lepas.


Berucap pada Perhimpunan Bulanan, Ketua Polis negeri, Datuk Zull Aznam Haron berkata dengan wujudnya jabatan berkenaan, langkah-langkah pencegahan jenayah dapat dipertingkat dan memberi impak positif ke arah penurunan kes jenayah di negeri ini.

Ini sekaligus secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap polis selain memastikan keamanan dan tenteraman awam terus dijaga.

Pada majlis itu Datuk Zull Aznam menyampaikan surat penghargaan dan penyematan pangkat Koperal ke Sarjan kepada 27 anggota pelbagai jabatan seluruh negeri.

Berlangsung pada majlis sama penyampaian penghargaan kepada 8 anggota yang bertugas pada Op Daulat di Lahad Datu, Mac lepas.

Penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah diharap dapat memberi impak positif ke arah penurunan kadar jenayah di negeri ini.

Jabatan yang akan memulakan operasinya pada 1 Julai depan, ia disifatkan mampu menangani kes-kes jenayah dengan lebih sistematik selaras sasaran penurunan 
5 peratus setahun selaras sasaran Program Transformasi Kerajaan. 

Melalui statistik kadar jenayah dapat diturunkan sebanyak 5 peratus setahun selaras sasaran Program Transformasi Kerajaan.

Berdasarkan statistik kes jenayah yang dicatatkan Kontinjen Polis Perlis sehingga 24 Jun lalu, sebanyak 27 kes direkodkan, iaitu peningkatan 6 peratus atau 2.5 kes sehari berbanding tempoh sama tahun lepas.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Polis Perlis, Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berharap  

Berlangsung pada majlis sama penyampaian cenderamata kepada lapan anggota yang bertugas pada Op Daulat di Lahad Datu, Mac lepas.

Turut menerima penghargaan adalah 19 anggota.

PROGRAM JELAJAH KEBUN GETAH KELAB GENERASI MUDA RISDA (KGMR) NEGERI PERLIS 2013. 
DIRASMIKAN OLEH 
YB. TUAN JAFPERI BIN OTHMAN
EXCO KEMUDAHAN & PRASARANA, KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN KESIHATAN
DI RPK KG.KOK KLANG, MUKIM PADANG SIDING PADA 23 JUN JAM 9 PAGI




Friday, June 28, 2013


APRESIASI PENGGIAT SENI 2013 DI OCEAN GLOW, KUALA PERLIS PADA 23 JUN 2013, JAM 4.30 PETANG ANJURAN JABATAN KEBUDAYAAN & KESENIAN NEGARA, PERLIS


 KANGAR,  24 Jun -- Para penggiat seni perlu lebih kreatif bagi
mempertahankan warisan seni yang dipusakai terus bertahan dalam arus
globalisasi, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan
Perlis, Abdul Jamil Saad pada majlis Apresiasi Penggiat Seni di sini hari ini.

Menurutnya, seni dan kebudayaan seharusnya berkembang sejajar dengan pembangunan
negara dan kerajaan meletakkan harapan tinggi kepada para penggiat seni untuk
meneruskan perjuangan mereka bagi menyuburkan kesenian silam.

Berucap pada majlis anugarah Apresiasi Penggiat Seni Negeri Perlis 2013 di Ocean
Glow Kuala Perlis hari ini, beliau berkata, kerajaan negeri tidak meminggirkan
kegiatan seni malah sentiasa mengiktiraf para penggiatnya melalui pelbagai
program.

Menurutnya, majlis anugerah apresiasi penggiat seni adalah antara manifestasi
keprihatinan kerajaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
terhadap perkembangan seni negara ini.

Pengarah JKKN Perlis, Rahmat Md Noh dalam ucapannya pula berkata, mulai tahun
depan para penggiat seni yang telah menerima penganugerahan seni dan budaya akan
dicalonkan oleh JKKN melalui Majlis Kebudayaan Negeri (MKN) Perlis untuk
menerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis.

Katanya penganugerahan darjah dan pingat kebesaran negeri akan menggambarkan
bahawa para pejuang seni sentiasa mendapat pengiktirafan kerajaan pusat dan
kerajaan negeri.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri
Perlis, Nordin Abdul Rahman dipilih sebagai penerima Anugerah Penggiat Seni
peringkat Negeri Perlis 2013 kerana perjuangannya dalam seni mempertahankan diri
serta ketokohannya.

Bekas tentera British di Singapura itu bertanggungjawab membawa masuk silat seni
gayong ke Perlis pada 1971 dan sehingga kini mengendalikan dua gelanggang silat
iaitu di Arau dan Kangar.

Nordin yang juga ketua hakim bagi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia menerima
hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 sijil dan sijil penghargaan yang disampaikan
Abdul Jamil.

Setiausaha Kumpulan Terinai Seni Budaya Perlis, Aziz Junid, 54, yang
berpengalaman selama 40 tahun dalam bidang kesenian itu pula menerima anugerah
Pendukung Seni Negeri Perlis 2013 dengan menerima hadiah RM1,000 dan sijil
penghargaan.

Penggiat kesenian hadrah, Yuzi Kamis, 33, pula membawa pulang RM1,000 dan sijil
penghargaan apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Bakat Muda Negeri Perlis
2013.

Majlis penyampaian anugerah apresiasi penggiat seni itu turut dihadiri Pengarah
Bahagian Dokumentasi dan Penerbitan JKKN, Habsah Mohd Nordin dan para penggiat
seni seluruh Perlis.

EN. NORDIN BIN AHMAD
ANUGERAH PENGGIAT SENI

EN.AZIZ BIN JUNID
ANUGERAH PENDUKUNG SENI

EN. YUZI BIN KAMIS
ANUGERAH BAKAT MUDA

PENERIMA ANUGERAH


PROGRAM PEMIMPIN MASYARAKAT
DIRASMIKAN OLEH 
YB. TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI 
PADA 17 JUN 2013
DI DEWAN AL-GHAZALI, 
INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM), BESERI





Thursday, June 27, 2013

KEBAKARAN RUMAH DI PADANG NYU, ARAU

Arau, 23 Jun -- Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran tengahari tadi. Balai bomba & penyelamat Arau dgn 2 jentera dibantu balai bomba kangar dan bomba sukarela gial seramai 19 anggota memadamkan kebakaran tersebut. Ketika bomba sampai, rumah tersebut hampir musnah keseluruhan. Punca kebakaran dan kerugian maaih dalam siasatan..






KEBAKARAN RUMAH DI SEMADONG




Padang Besar, 20 Jun 2013 -- Balai Bomba & Penyelamat Kangar menerima satu panggilan kebakaran sebuah rumah di kawasan Semadong, Beseri pada jam 7.26 malam. 3 jentera bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian. Pihak bomba mempunyai kesukaran untuk sampai ke lokasi berikutan laluan ke tempat kejadian yang kecil, dimana hanya kenderaan utiliti sahaja dapat melaluinya. Api dapat dikawal sepenuhnya dalam masa 46 minit. Terdapat seorang mangsa ketika kejadian berlaku dan mangsa sempat menyelamatkan diri. Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah 3 buah motosikal serta peralatan pertanian seperti pam air dan sebagainya. Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.