APRESIASI PENGGIAT SENI 2013 DI OCEAN GLOW, KUALA PERLIS PADA 23 JUN 2013, JAM 4.30 PETANG ANJURAN JABATAN KEBUDAYAAN & KESENIAN NEGARA, PERLIS
KANGAR, 24 Jun -- Para penggiat seni perlu lebih kreatif bagi
mempertahankan warisan seni yang dipusakai terus bertahan dalam arus
globalisasi, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan
Perlis, Abdul Jamil Saad pada majlis Apresiasi Penggiat Seni di sini hari ini.
Menurutnya, seni dan kebudayaan seharusnya berkembang sejajar dengan pembangunan
negara dan kerajaan meletakkan harapan tinggi kepada para penggiat seni untuk
meneruskan perjuangan mereka bagi menyuburkan kesenian silam.
Berucap pada majlis anugarah Apresiasi Penggiat Seni Negeri Perlis 2013 di Ocean
Glow Kuala Perlis hari ini, beliau berkata, kerajaan negeri tidak meminggirkan
kegiatan seni malah sentiasa mengiktiraf para penggiatnya melalui pelbagai
program.
Menurutnya, majlis anugerah apresiasi penggiat seni adalah antara manifestasi
keprihatinan kerajaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
terhadap perkembangan seni negara ini.
Pengarah JKKN Perlis, Rahmat Md Noh dalam ucapannya pula berkata, mulai tahun
depan para penggiat seni yang telah menerima penganugerahan seni dan budaya akan
dicalonkan oleh JKKN melalui Majlis Kebudayaan Negeri (MKN) Perlis untuk
menerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis.
Katanya penganugerahan darjah dan pingat kebesaran negeri akan menggambarkan
bahawa para pejuang seni sentiasa mendapat pengiktirafan kerajaan pusat dan
kerajaan negeri.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri
Perlis, Nordin Abdul Rahman dipilih sebagai penerima Anugerah Penggiat Seni
peringkat Negeri Perlis 2013 kerana perjuangannya dalam seni mempertahankan diri
serta ketokohannya.
Bekas tentera British di Singapura itu bertanggungjawab membawa masuk silat seni
gayong ke Perlis pada 1971 dan sehingga kini mengendalikan dua gelanggang silat
iaitu di Arau dan Kangar.
Nordin yang juga ketua hakim bagi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia menerima
hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 sijil dan sijil penghargaan yang disampaikan
Abdul Jamil.
Setiausaha Kumpulan Terinai Seni Budaya Perlis, Aziz Junid, 54, yang
berpengalaman selama 40 tahun dalam bidang kesenian itu pula menerima anugerah
Pendukung Seni Negeri Perlis 2013 dengan menerima hadiah RM1,000 dan sijil
penghargaan.
Penggiat kesenian hadrah, Yuzi Kamis, 33, pula membawa pulang RM1,000 dan sijil
penghargaan apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Bakat Muda Negeri Perlis
2013.
Majlis penyampaian anugerah apresiasi penggiat seni itu turut dihadiri Pengarah
Bahagian Dokumentasi dan Penerbitan JKKN, Habsah Mohd Nordin dan para penggiat
seni seluruh Perlis.

EN. NORDIN BIN AHMAD ANUGERAH PENGGIAT SENI |
EN.AZIZ BIN JUNID ANUGERAH PENDUKUNG SENI |
EN. YUZI BIN KAMIS ANUGERAH BAKAT MUDA |
PENERIMA ANUGERAH |
No comments:
Post a Comment