Saturday, June 29, 2013

POLIS-KADAR JENAYAH DITURUNKAN

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yakin statistik kes jenayah dapat diturunkan dengan Penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah yang akan memulakan operasinya 1 Julai depan.


Jabatan berkenaan yang akan dianggotai pelbagai cabang PDRM disifatkan mampu menangani kes-kes jenayah dengan lebih sistematik selaras sasaran penurunan 5 peratus kes jenayah Program Transformasi Kerajaan (GTP).


Berdasarkan statistik kes jenayah yang dicatatkan Kontinjen Perlis sehingga 24 Jun lalu, sebanyak 27 kes direkodkan, iaitu peningkatan 6 peratus atau 2.5 kes sehari berbanding tempoh sama tahun lepas.


Berucap pada Perhimpunan Bulanan, Ketua Polis negeri, Datuk Zull Aznam Haron berkata dengan wujudnya jabatan berkenaan, langkah-langkah pencegahan jenayah dapat dipertingkat dan memberi impak positif ke arah penurunan kes jenayah di negeri ini.

Ini sekaligus secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap polis selain memastikan keamanan dan tenteraman awam terus dijaga.

Pada majlis itu Datuk Zull Aznam menyampaikan surat penghargaan dan penyematan pangkat Koperal ke Sarjan kepada 27 anggota pelbagai jabatan seluruh negeri.

Berlangsung pada majlis sama penyampaian penghargaan kepada 8 anggota yang bertugas pada Op Daulat di Lahad Datu, Mac lepas.

Penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah diharap dapat memberi impak positif ke arah penurunan kadar jenayah di negeri ini.

Jabatan yang akan memulakan operasinya pada 1 Julai depan, ia disifatkan mampu menangani kes-kes jenayah dengan lebih sistematik selaras sasaran penurunan 
5 peratus setahun selaras sasaran Program Transformasi Kerajaan. 

Melalui statistik kadar jenayah dapat diturunkan sebanyak 5 peratus setahun selaras sasaran Program Transformasi Kerajaan.

Berdasarkan statistik kes jenayah yang dicatatkan Kontinjen Polis Perlis sehingga 24 Jun lalu, sebanyak 27 kes direkodkan, iaitu peningkatan 6 peratus atau 2.5 kes sehari berbanding tempoh sama tahun lepas.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Polis Perlis, Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berharap  

Berlangsung pada majlis sama penyampaian cenderamata kepada lapan anggota yang bertugas pada Op Daulat di Lahad Datu, Mac lepas.

Turut menerima penghargaan adalah 19 anggota.

No comments:

Post a Comment