Sunday, June 9, 2013

KONVOI BELIA


PENGARAH JBS PERLIS

KANGAR, 9 JUN -- Golongan belia di negeri Perlis diminta tidak melepaskan peluang hadir ke Festival Belia 2013 peringkat negeri yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti sukan futsal, bola jaring, sepak takraw dan 'paintball'.

Festival yang diadakan selama tiga hari bermula 14 Jun ini turut disertai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta yang menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada belia di negeri ini.

Pengarah JBS Perlis 'flag off' konvoi Belia di Perlis
Menurut Pengarah Belia dan Sukan Negeri, Syamsul Tahrin Mohd Tahir, dijangka lebih lima ribu peserta acara tahunan itu kali ini membabitkan 13 badan gabungan Majlis Belia Negeri.

Beliau menuntut komitmen dan penglibatan positif belia bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Festival Belia Perlis 2013 akan dirasmikan Menteri Besar, Azlan Man pada 14 Jun di jam 8.00 malam di Stadium Utama Negeri.


Beliau ditemui selepas melepaskan 250 buah motosikal peserta konvoi Promosi Festival Hari Belia Peringkat Negeri di Kangar hari ini. 
Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com


No comments:

Post a Comment