Tuesday, June 11, 2013

AZLAN TOLAK JADI PRESIDEN PFA
Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man bersama Exco Belia & Sukan, YB. Abdul Jamil Saad, kiri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Azizan Abdul Hamid pada satu sidang media di Kompleks DUN semalam.
KANGAR, 10 JUN -- Tanggungjawab menguruskan pasukan bola sepak perlu di berikan kepada individu yang berpengetahuan dalam sukan itu dan pengurusanya. Ini penting bagi memastikan prestasi dan perjalanan pasukan tidak terjejas. Demikian kata Menteri Besar Perlis, Azlan Man dalam satu sidang media ketika majlis menandatangani perjanjian  memorandum perjanjian antara kerajaan negeri dan Enam Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) di Kangar. Beliau mengulas kenyataan itu berikutan perlawaan yang di buat Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Dr Ammar Hassan baru-baru ini. Jelas Azlan, walaupun tidak terlibat secara langsung dalam PFA namun beliau akan terus memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan. Tambahnya lagi, beliau akan berjumpa dengan kementerian Belia dan Sukan untuk mencari penyelesaian mengenai dana yang diperlukan bagi pengurusan PFA dan pembangunan aktiviti sukan lain di negeri itu. Di samping itu, pasukan juga perlu lebih kreatif menjana pendapatan dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan negeri dan pusat. 
-Wartawan Sukan AKA Features

No comments:

Post a Comment