Monday, June 10, 2013

POLIS TOLAK PERMOHONAN BLACKOUT

KANGAR, 9 JUN -- Polis menolak permohonan pihak pembangkang bagi mengadakan ceramah kesyukuran yang dijadualkan jam 9.00 malam ini di belakang Public Bank, Jalan Raja Syed Alwi Kangar.

Polis menolak permohonan berkenaan selepas mendapati ia tidak memenuhi syarat Seksyen 10 kurungan C dan Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.

Seksyen 10 kurungan C dan Akta Perhimpunan Aman 2012 mengkehendaki penganjur menyertakan salinan persetujuan pemilik lokasi perhimpunan iaitu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis semasa menyerahkan permohonan berkenaan 29 Mei lepas.

Kegagalan penganjur menyerahkan salinan persetujuan itu menyebabkan permohonan itu tidak dapat diproses.

Dalam pada itu polis memaklumkan tidak menerima sebarang permohonan penganjur mengadakan Perhimpunan Blackout 505 di lokasi dan tarikh sama. 

Justeru polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan dan pada masa sama menasihatkan penganjur membatalkannya.

Perkara ini dimaklumkan Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Ismail Che Isa pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kangar semalam.

Sekiranya penganjur enggan mematuhi keputusan yang dikeluarkan, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka terlibat.
Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com

No comments:

Post a Comment