deStINaSi: KEENAKAN JUS
NIRA LADANG NIPAH KIPLI
Nipah
sejenis tumbuhan palma biasanya tumbuh liar di kawasan pamah atau lembah tetapi
tumbuhan nipah di Ladang Nipah Kipli di Kuala Sanglang ditanam menggunakan
tenaga `tulang empat kerat’ oleh pengusahanya, Khipli Sulaiman.
Pokok nipah
ditanam oleh Khipli menggunakan buah
yang disemaikan sebaia anak benih terlebih dahulu .
Bersantai bersama keluarga. |
Khipli
memulakan dengan sejumlah 1,000 anak pokok nipah yang disemainya sendiri di
kawasan berpaya kira-kira 1.6 hektar di pinggir laut di Kuala Sanglang pada
tahun 2000 dan mulai 2005 nipah diusahakan Khipli mula menghasil air nira yang
mempunyai keenakan rasa tersendiri berbanding nira nipah di tempat lain.
Perusahaan
nipah Khipli turut mendapat sokongan dan
bantuan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MADA, FAMA dan
Pejabat Pelancongan serta kerajaan negeri Perlis sendiri.
Kanak-kanak juga menggemari air nira & laksa di Ladang Nipah ini. |
Kini dengan
bantuan isterinya, Rafilah Abdul Ghani
serta dua anak mereka, Khipli
menjalankan perusahaan `jus nipah’ atau `air
nira’ di ladang nipahnya setiap hari antara jam 2.00 hingga 6.00 petang .
Ladang Nipah
Kipli yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar ibu negeri Kangar kini telah
dikenali di seluruh Negara dan hampir
setiap masa dilawati oleh pelawat dari luar Perlis.
Air
nira dan laksa kini merupakan menu utama
disajikan untuk setiap pengunjung Ladang Nipah Kipli di Kuala Sanglang.
Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com
No comments:
Post a Comment