Thursday, June 27, 2013

KEBAKARAN RUMAH DI SEMADONG




Padang Besar, 20 Jun 2013 -- Balai Bomba & Penyelamat Kangar menerima satu panggilan kebakaran sebuah rumah di kawasan Semadong, Beseri pada jam 7.26 malam. 3 jentera bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian. Pihak bomba mempunyai kesukaran untuk sampai ke lokasi berikutan laluan ke tempat kejadian yang kecil, dimana hanya kenderaan utiliti sahaja dapat melaluinya. Api dapat dikawal sepenuhnya dalam masa 46 minit. Terdapat seorang mangsa ketika kejadian berlaku dan mangsa sempat menyelamatkan diri. Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah 3 buah motosikal serta peralatan pertanian seperti pam air dan sebagainya. Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment