Thursday, June 27, 2013

INGIN SERTAI KELAB 60AN POP YEH YEH (K60ANPYY)?


KANGAR : Kelab 60an Pop YehYeh Perlis yang ditubuhkan 8 Mei lalu membuka peluang kepada warga Perlis untuk menyertai keahlian kelab tersebut.

EN. AMRAN SAAD
Presiden nya Amran Saad berkata, mereka yang berminat boleh mendapatkan terus borang keahlian daripada Timbalan Presiden, Encik Yusof Ibrahim (017-5880378) di gerai makanan & minuman I.Yusof di Pasar baru Kangar antara jam 9 pagi hingga 11 pagi.

Menurut Amran, peminat lagu Pop Yeh Yeh juga boleh mendapatkan borang keahlian dari beliau sendiri atau setiausaha K60anPYY, Encik Mazlan Chik @ Lan Santana (019-5423683).

Encik Yusof Ibrahim


Amran menambah, mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 017-56420251 untuk maklumat lanjut.

Tambah beliau, pelancaran kelab ini akan dilangsungkan pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri depan dan akan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Perlis, En. Rahmat Hj. Md Noh.

Katanya, kelab ini menerima keahlian dari berbagai kaum termasuk kaum Siam yang meminati lagu-lagu irama 60an @ Pop Yeh Yeh...

No comments:

Post a Comment